BANTUANPPRTRUMAH

Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bantuan Rumah PPRT Tahun 2022

Pada Masa kini, terdapat pelbagai inisiatif telah dilancarkan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Untuk yang telepas pandang, Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali sebagai PPRT. Program ini lebih mensasarkan kepada golongan yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.

Program Rumah PPRT 2022

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga pada masa ini.

Kategori Kelayakan Bantuan Rumah PPRT

Permohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut:

  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil
  • Warga Emas
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai
  • Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi
  • Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Jenis Kategori Bantuan Rumah PPRT

Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :

Bina Baru

Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.

Baik Pulih

1-Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting

  • Penambah baikan
  • Penyelenggaraan
  • Requisition

2-Syarat program bantuan baik pulih rumah

  • Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki
  • Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik (owner).

Cara Mohan Bantuan Rumah PPRT 2022

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :

  1. Langkah pertama, sila layari Portal Rasmi eSPKR –DI SINI
  2. Seterusnya sila tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
  3. Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
  4. Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”
  5. Selesai.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :

Talian Khas : 03 8000 8000

E-mel : info@ruralink.gov.my.

Maklumat Lanjut

Untuk pengetahuan umum pada tahun ini terdapat pelbagai bantuan telah diumumkan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang anda berkelayakan untuk memohon, sila ke Laman Utam yang telah disediakan di –KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button