Cara Mohon Bantuan Dapur RM300 Setiap Bulan
Cara mohon bantuan dapur sebanyak RM300 adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan negeri untuk rakyat yang memerlukan. Untuk makluman, pada waktu ini keperluan asas dapur amat penting untuk keluarga terutama untuk golongan kurang berkemampuan.
BANTUAN DAPUR BINGKAS
Pelbagai usaha pihak kerajaan persekutuan dan negeri untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Salah satu inisiatif yang masih diteruskan pada tahun ini yang boleh dimohon adalah program bantuan kehidupan sejahtera (BINGKAS).
Program BINGKAS ini adalah bantuan berbentuk ewallet sebanyak RM300 yang boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas dapur. Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri, perlaksanaan bantuan khas ini diteruskan pada tahun 2023.
OBJEKTIF PERLAKSNAAN
Bantuan barang dapur BINGKAS ini masih terus dilancarkan pada tahun ini bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang sentiasa menguruskan hal ehwal keluarga seperti mendidik dan membesarkan anak.
KADAR BANTUAN
Untuk makluman, kepada pemohon yang layak akan menerima bantuan barang dapur ini pada kadar RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun untuk setiap keluarga.
Bantuan tersebut boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan dapur sebanyak RM300 dimana-mana pasaraya berdaftar. Untuk makluman, baki bantuan yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan hadapan. bermakna jumlah hanya RM300 akan ada dalam akaun ewallet penerima pada bulan berikutnya.
Kepada penerima bantuan BINGKAS ini, disarankan menggunakan bantuan tersebut maksimum setiap bulan.
KRITERIA KELAYAKAN
Dibawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan barang dapur BINGKAS seperti berikut :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Pendapatan bulanan semasa RM3,000 dan kebawah
- Keluarga yang mempunyai tanggungan anak yang berumur 18 tahun kebawah
- Kelahiran negeri Selangor atau menetap melebihi tempoh (10 tahun)
- Keluarga memerlukan layak dipertimbangkan.
CARA MOHON BANTUAN DAPUR
Kepada mereka yang menepati syarat kelayakan, permohonan bantuan BINGKAS ini boleh dibuat secara online. Pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti kad pengenalan pasangan suami isteri dan ahli keluarga yang tinggal bersama.
Untuk permohonan, sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI panduan pendaftaran permohonan telah disediakan di laman rasmi tersebut. Untuk makluman, bantuan khas barang dapur ini untuk warga Selangor atau yang menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripadan bantuan BINGKAS ini, terdapat bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia terutama golongan B40 padad tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.