BANTUANMobilepreneurMotorsikal

Bantuan Pembiayaan Beli Motorsikal RM10,000

Bantuan pembiayaan beli motorsikal sehingga RM10,000 telah disediakan oleh kerajaan melalui agensi TEKUN pada tahun ini. Untuk sedia maklum, terdapat sebuah skim bantuan pembiayaan telah ditawarkan kepada rakyat yang berkelayakan untuk memiliki motorsikal.

BANTUAN PEMBIAYAAN BELI MOTORSIKAL

Ramai yang terlepas pandang, terdapat sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 yang ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan. Skim di bawah kendalian TEKUN Nasional ini pada dasarnya adalah sebuah pembiayaan modal bagi usahawan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kederaan motorsikal.

Program bantuan pembiayaan ini juga adalah kesinambungan dari program terdahulu iaitu Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilancarkan sebelum ini pada April 2020.

KADAR BANTUAN PEMBIAYAAN

Menerusi program bantuan pembiayaan ini, kepada pemohon yang layak boleh mendapatkan dari RM1,000 sehingga maksimum RM10,000 untuk tujuan seperti berikut :

  • Baik pulih motorsikal
  • Pembelian motorsikal
  • Modal pusingan.

Nota : Jumlah amaun pembiayaan boleh dimohon dan kelayakan akan disemak oleh pihak berwajib untuk tentukan sama ada layak dengan jumlah tersebut.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan pembiayaan beli motorsikal ini seperti di bawah :

  • Pemohon adalah merupakan warganegara Malaysia (Bumiputera/ India)
  • Individu berumur 18 sehingga 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Mempunyai lesen memandu kelas B1/B2 yang masih sah
  • Pemohon bukan berstatus muflis
  • Mempunyai kenderaan motorsikal sendiri bagi permohonan modal pusingan dan baik pulih motor
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Permohonan diberi keutamaan kepada individu yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing
  • Mempunyai perlantikkan yang dah dari mana-mana syarikat e-hailing yang berdaftar.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan bantuan pembiayaan beli motorsikal ini, panduan permohonan telah disediakan. Sila layari laman rasmi kerajaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia terutama yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button