Bayaran bantuan tunai bujang bagi inisiatif BTR fasa 1 akan diberikan pada bulan ini sebanyak RM100 untuk setiap penerima. Menerusi kenyataan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang penggal pertama parlimen ke 15. Beliau telah mengumumkan bahawa kategori juga akan terlibat dapat pembayaran Bantuan tunai rakyat (BTR) fasa 1 pada bulan Januari tahun ini.
Untuk sedia maklum, jumlah keseluruhan bayaran bantuan tunai rakyat ini belum diumumkan. Namun bayaran fasa 1 secara rasmi telah dipercepatkan pada bulan Januari 2023. Insentif khas ini akan melibatkan 2 kategori iaitu bujang dan keluarga dengan jumlah bayaran pada fasa 1 ini sebanyak RM100 dan RM300.
BANTUAN TUNAI KHAS TAHUN 2023
Program bantuan tunai rakyat (BTR) adalah merupakan inisiatif berbentuk kewangan yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Bantuan berbentuk kewangan ini sama seperti bantuan tunai sebelum ini seperti BSH, BPR, BR1M dan BKM.
Insentif ini melibatkan kategori isi rumah (keluarga), bujang dan warga emas. Bantuan ini lebih memfokuskan kepada kumpulan yang memerlukan terdiri daripada golongan B40 dan miskin.
Menurut kenyataan pihak kerajaan, bantuan khas BTR ini akan melibatkan dana peruntukan sebanyak RM2 bilion dan akan memanfaatkan kira-kira hampir 9 juta penerima bantuan ini.
JUMLAH KADAR BANTUAN FASA 1 BTR
Berikut telah disediakan jumlah bantuan fasa 1 yang akan diterima seperti dibawah :
- RM100 untuk kategori bujang tahun 2023
- RM300 untuk kategori isi rumah (keluarga) tahun 2023.
TARIKH BANYARAN BTR FASA 1
Untuk sedia maklum, sebelum ini bayaran bantuan tunai bujang akan disalurkan pada bulan Mac 2023. Namun atas dasar keprihatinan kerajaan melihat dari pelbagai faktor seperti ramai rakyat yang terkesan disebabkan ekonomi tidak stabil dan bencana banjir. Pihak kerajaan telah bersetuju mempercepatkan bayaran pada bulan Januari 2023.
Pembayaran bantuan tunai rakyat ini dijangkakan akan bermula pada pertengahan atau penghujung bulan ini secara berperingkat sama seperti bantuan tahun lalu.
PERMOHONAN BARU & KEMASKINI
Buat masa ini tiada lagi sebarang kenyataan dibuat oleh pihak kerajaan bagi permohonan baru atau kemaskini maklumat peribadi BTR. Kemungkinan akan diketahui pada sidang BAJET 2023 yang akan dibuat pada bulan Februari nanti. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan BTR ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada bantuan tunai untuk bujang dan keluarga ini, terdapat pelbagai bantuan telah disediakan pada tahun ini bagi rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan masyarakat.