BANTUANBKMFasa 4

Bantuan Keluarga Malaysia Fasa Terakhir Disember Ini ~ Kemaskini Maklumat Jika Berlaku Perubahan

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia bagi Fasa ke 3 telah selesai diberikan secara berperingkat ke akaun penerima bermula 20 September sehingga 29 September 2022. Kini ramai yang sedang menunggu pembayaran kali terakhir untuk BKM tahun ini.

Kaedah pembayaran Fasa 4 (terakhir) akan disalurkan sama seperti bayaran terdahulu iaitu secara berperingkat ke akaun penerima dan bagi penerima tanpa kad bank boleh menebus bantuan masing-masing di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Bantuan Tunai BKM 2022

Program BKM atau Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah program bantuan bersasar yang diberikan kepada kategori yang berkelayakan termasuk golongan yang berpendapatan dibawah RM 5,000 sebulan. Bantuan ini disalurkan kepada kategori Isi rumah, bujang, ibu bapa tunggal serta warga emas pada tahun 2022.

Kini sudah hampir tiba ke penghujung pembayaran bagi insentif bantuan kewangan BKM ini. Berikut disediakan jadual, kadar dan kategori bagi bayaran Fasa akhir (4) yang akan disalurkan tidak lama lagi.

Kategori Penerima Bayaran BKM Fasa 4

Pada edisi fasa terakhir, kategori isi rumah, ibu bapa tunggal akan terlibat dalam penerimaan bayaran bantuan ini, kepada penerima sedia ada sila semak status BKM anda untuk memudahkan semakan maklumat pembayaran.

Kadar Bayaran BKM Fasa 4

Untuk penerima sedia ada, kadar bayaran BKM Fasa 4 yang anda akan terima adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Jumlah bayaran adalah sehingga RM 900, bergantung kelayakan penerima bayaran fasa terakhir nanti.

Jadual Bayaran BKM Fasa 4

Untuk makluman semua, pembayaran BKM Fasa terakhir ini akan berlaku pada bulan Disember 2022. Namun masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan berkenaan tarikh bayaran. Pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa berkaitan jadual pembayaran BKM.

Kemaskini Maklumat & Rayuan BKM

Bagi kategori rayuan BKM pula, menurut Perdana Menteri lebih daripada 80,000 calon telah lulus rayuan BKM dan mereka akan menerima bantuan sehingga RM 2,350 mengikut kelayakan pada fasa 3. Untuk semakan status atau kemaskini maklumat  BKM akaun anda jika ada sebarang perubahan, sila layari portal rasmi BKM – DI SINI

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat berkenaan bantuan kerajaan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, anda boleh semak senarai bantuan di laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button