Anak PeliharaBANTUANBAP
Trending

Bantuan Tunai BAP RM500 Sebulan : Semak Kelayakan

Bantuan Tunai BAP RM500 sebulan adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan dibawah Ihsan MADANI pada tahun 2025.

BANTUAN TUNAI BAP RM500

BANTUAN TUNAI BAP RM500 SEBULAN

Untuk makluman umum, kerajaan telah melaksanakan sebuah inisiatif bantuan kewangan bulanan yang boleh dimohon. Program Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah insentif yang boleh dimohon sepanjang tahun ini.

Perlaksanaan program khas BAP ini adalah bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/ yatim piatu, tidak mempunyai saudara mara agar dapat terus tinggal bersama keluarga pelihara.

Dengan adanya inisiatif BAP ini dapat meringankan beban tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak kurang bernasib baik ini. Secara tidak langsung dapat menggalakkan lagi masyarakat untuk tampil mengambil kanak-kanak sebagai anak pelihara.

Kadar bayaran bantuan anak pelihara ini adalah RM250 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Maksimum bantuan adalah RM500 sebulan bagi sekeluarga yang mempunyai tanggungan anak lebih dari 2 orang.

Objektif perlaksanaan bantuan tunai BAP RM500 sebulan :

  • Memenuhi keperluan asas bagi meringankan beban penerima bantuan ini.
  • Alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan kearah lebih berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
  • Sebagai sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BAP

Mereka yang ingin memohon bantuan ini perlu mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
  2. Terbuka kepada kanak-kanak berumur 18 tahun kebawah sahaja.
  3. Diberi keutamaan kepada keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak.
  4. Kanak-kanak yang tidak mempunyai penjaga (ibu bapa).
  5. Kanak-kanak wajib berstatus warganegara Malaysia.
  6. Kanak-kanak yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian darah.

DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN

Kepada yang berkeperluan dan berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat bantuan secara percuma ini. Untuk daftar permohonan secara dalam talian, sila layari laman portal rasmi IHSAN MADANI (BAP)

Sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan, rujuk pada halaman utama!

Related Articles

Back to top button