BANTUANBMTRISDA

Bantuan Musim Tengkujuh RM 300 Mula Disalurkan

Bantuan Musim Tengkujuh adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk mereka yang memerlukan pada tahun ini. Program bantuan ini diberikan bagi persediaan musim tengkujuh yang diramal akan berlaku pada penghujung tahun ini.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Skim bantuan ini adalah pemberian sumbangan daripada dana kewangan dibawah RISDA yang lebih dikenali sebagai BMT 2022. Insentif dari kerajaan ini pada dasarnya diberikan kepada yang kurang bernasib baik dari segi kewangan dan berkelayakan bagi menghadapi musim tengkujuh yang melanda negara waktu ini.

Bantuan ini diberikan sebanyak RM 300 pada bulan November dan Disember 2022. Kaedah pembayaran adalah secara berfasa yang melibatkan jumlah bayaran Bantuan adalah sebanyak RM 600 bagi setiap penerima.

Selain dari insentif bantuan ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat yang memerlukan terutama bantuan kewangan untuk B40 dan miskin tegar. Untuk semakan senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan musim tengkujuh tahun 2022 seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Setiap individu yang layak bantuan ini sebanyak 1 kali sahaja
  • Merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan pihak RISDA
  • Untuk 1 lot hanya seorang pekebun kecil (sama ada penoreh atau pemilik tanah)
  • Untuk pemilik tanah yang sah bagi pemilik pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi penoreh bukan pemilik
  • Untuk penoreh bukan pemilik perlu mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN

Untuk makluman, bayaran bantuan musim tengkujuh ini akan diberikan dengan jumlah RM 600 kepada penerima yang layak. Bayaran akan dibahagikan kepada dua fasa iaitu RM 300 pada November dan RM 300 pada Disember 2022.

Untuk kaedah pembayaran akan disalurkan secara pemindahan terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan pada borang permohonan. Secara Electronic Fund Transfer (EFT).

SEMAKAN PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bantuan ini, semakan boleh dibuat secara online. Sila layari portal rasmi BMT RISDA – DI SINI

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan status kelulusan boleh dibuat melalui portal rasmi BMT untuk tujuan rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button