BANTUANKerajaan

Bantuan Kewangan RM200 & RM300 Dikreditkan Pada 10 Ogos

Untuk pengetahuan umum, bantuan kewangan RM200 & RM300 akan dikreditkan pada 10 Ogos kepada seluruh rakyat. Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bantuan khas penghargaan ini akan dibayar pada minggu hadapan.

BANTUAN KEWANGAN RM200 & RM300

Pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa rakyat, Menteri Kewangan telah memperkenalkan sebuah inisiatif dikenali sebagai bantuan khas penghargaan. Pemberian bantuan kewangan RM200 & RM300 ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank penerima.

Bantuan khas ini disalurkan adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia yang merupakan penjawat awam dan pesara. Jumlah yang akan diterima adalah mengikut kategori kelayakan penerima.

SENARAI PENERIMA

Pemberian bantuan khas penghargaan (BKP) akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak seperti di bawah :

  • Bayaran RM300 : (Penjawat Awam) pegawai perkhidmatan awam persekutuan gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan lantikan kontrak.
  • Bayaran RM200 : Pesara kerajaan termasuk pesara pencen, penerima pencen terbitan, pesara bersara pilihan, pesara KWSP dan veteran pencen dan belum pencen.

TARIKH BAYARAN 

Bagi bayaran Bantuan Khas Penghargaan ini akan mula dikreditkan pada 10 Ogos 2023 kepada mereka yang layak. Kepada penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima insentif khas ini pada minggu depan.

BANTUAN B40 & M40

Terdapat satu lagi inisiatif bantuan telah diperkenalkan iaitu kredit etunai percuma RM100 secara one-off. Insentif ini ditawarkan kepada rakyat yang mempunyai pendapatan dibawah RM100,000 setahun.

Kepada individu berumur 21 tahun keatas (Dewasa) yang terdiri dari golongan B40 dan M40 boleh tuntut kredit etunai RM100 pada suku ahir tahun ini. Bantuan ini lebih memfokuskan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai kepada rakyat Malaysia.

Bagi kategori mahasiswa dan belia pula, kredit etunai RM200 masih boleh ditebus secara percuma sebelum 22 Ogos ini. Kepada yang masih belum dapatkan, sila layari laman rasmi eBelia Rahmah –DI SINI

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button