BANTUANBWEWarga Emas
Trending

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas (BWE)

Bantuan RM600 Setiap Bulan disediakan untuk golongan Warga emas melalui program BWE yang boleh dimohon sepanjang tahun ini. Untuk makluman umum program Bantuan Warga Emas (BWE) dibuka kepada mereka yang kurang berkemampuan.

PROGRAM BANTUAN RM600 SETIAP BULAN

BANTUAN RM600 SETIAP BULAN

Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menawarkan sebuah inisiatif bulanan kepada rakyat. Program bantuan warga emas ini menawarkan insentif sebanyak RM600 sebulan kepada yang memerlukan.

Atas dasar keprihatinan kerajaan, kadar bayaran telah dinaikkan kepada RM600 berbanding tahun lalu RM500 sebulan. Tujuan utama perlaksanaan program BWE ini adalah tanda sokongan kewangan kepada golongan tua yang kurang bernasib baik.

Mereka yang berumur 60 tahun dan keatas tidak mempunyai pendapatan tetap atau mengalami kesulitan boleh kemukakan permohonan. Dengan adanya program ini dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.

SIAPA LAYAK MOHON BANTUAN RM600?

BANTUAN WARGA EMAS

Kepada mereka yang berminat untuk memohon, berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk dapatkan bantuan BWE:

  1. Warganegara Malaysia – Bantuan BWE hanya ditawarkan kepada individu berstatus Warga Malaysia sahaja
  2. Kelayakan had umur – Permohonan boleh dibuat oleh mereka yang berumur 60 tahun dan keatas
  3. Pendapatan bulanan – Mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau rendah atau tidak melebihi PGK
  4. Tempat tinggal – Pemohon yang menetap bersendirian, mereka yang tinggal di mana-mana institusi jagaan kerajaan tidak layak mohon.

CARA DAFTAR BANTUAN BWE SETIAP BULAN

Terdapat 2 cara untuk daftar permohonan BWE pada tahun ini, panduan disediakan seperti di bawah :

PENDAFTARAN SECARA MANUAL

  1. Sila kunjungi pejabat kebajikan daerah yang berdekatan
  2. Dapatkan borang dan lengkapkan
  3. Pastikan dokumen sokongan seperti kad pengenalan, penyata akaun bank, dokumen perubatan dan berkaitan disediakan
  4. Serahkan borang kepada pegawai JKM untuk diproses.

PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN

  1. Layari laman portal rasmi – eBantuan JKM
  2. Daftar masuk akaun baru
  3. Pilih pada bahagian ”Bantuan Warga Emas”
  4. Kemudian isi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan
  5. Hantar borang permohonan dan cetak salinan sebagai rekod.

Setiap permohonan yang dikemukakan akan melalui ujian penilaian untuk memastikan pemohon benar-benar layak dapatkan bantuan. Jika layak anda akan dimaklumkan dalam masa terdekat dari tarikh permohonan dikemukakan.

KESIMPULAN

Pada tahun ini kerajaan MADANI banyak menyediakan kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk memberi manfaat rakyat Malaysia. Bagi mereka yang terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum!

Related Articles

Back to top button