Am PersekutuanBANTUANJKMPemberian

Pemberian Bantuan RM100 – RM350 Sebulan : Semak Kelayakan

Pemberian Bantuan RM100 – RM350 sebulan melalui program bantuan Am Persekutuan boleh didapatkan oleh mereka yang berkelayakan. Inisiatif khas berbentuk bantuan tunai ini adalah sebahagian insentif yang disediakan pada tahun ini.

PEMBERIAN BANTUAN RM100 – RM350

Pihak kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan. Untuk makluman, program istimewa ini merupakan pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024.

Tujuan utama program BAP ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan individu/ keluarga yang kurang berkemampuan. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup bagi kelangsungan dan kesejahteraan dalam komuniti.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN AM

Bagi pengetahuan umum, kadar bantuan yang telah ditetapkan adalah serendah RM100 seorang sehingga maksimum RM350 satu keluarga sebulan. Pecahan bantuan khas ini adalah mengikut kelayakan setiap permohonan yang dikemukakan.

KRITERIA KELAYAKAN PEMBERIAN BANTUAN RM350

Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi program khas BAP sehingga RM350 sebulan ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi Pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Kepada keluarga miskin dan golongan yang memerlukan dan tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan pihak JKM yang lain.

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN AM

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan khas ini boleh dikemukakan bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Am Persekutuan

Nota : Setiap negeri menyediakan skim bantuan am negeri yang tersendiri melibatkan kadar bantuan dan syarat kelayakan yang berbeza. Sebarang permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat bahagian yang berhampiran dengan kediaman.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button