ePengeluaranKWSPPengeluaran sebahagian

Jenis Pengeluaran Sebahagian KWSP Yang Dibenarkan Tahun Ini

Jenis pengeluaran sebahagian KWSP yang dibenarkan pada tahun ini kepada pencarum yang ingin membuat pengeluaran wang mereka. Terdapat beberapa kemudahan pengeluaran secara sebahagian yang boleh dilakukan pada masa ini.

JENIS PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu memudahkan ahli untuk mengeluarkan wang mereka. Terdapat beberapa jenis pengeluaran sebahagian KWSP yang boleh dilakukan melalui simpanan ahli.

Sebenarnya pencarum boleh melakukan pengeluaran wang KWSP melalui i-akaun untuk tujuan peribadi selagi menepati syarat. Dibawah dikongsikan beberapa jenis pengeluaran sebahagian KWSP yang boleh dilakukan serta kriteria syarat kelayakan.

MENCAPAI UMUR 50 TAHUN

  • Ahli KWSP
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Berumur 50 hingga 54 tahun
  • Memiliki wang simpanan KWSP

MEMBINA RUMAH

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Wajib mempunyai baki akaun 2 sekurang-kurangnya RM500
  • Berumur 50 tahun dan ke bawah
  • Pencarum atau pasangan akan membeli/ mempunyai tanah yang akan membina rumah diatas tapak tersebut
  • Ahli belum pernah membuat pengeluaran untuk membeli rumah atau melupuskan pemilikan

RAWATAN KESIHATAN

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Ahli KWSP
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2
  • Keperluan tambahan (Kos rawatan perubatan tidak dibiayai oleh majikan sepenuhnya)
  • Pemohon tidak menerima sebarang rawatan alternatif

SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Mempunyai simpanan KWSP melebihi 1 juta

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang beragama islam
  • Berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Ahli yang ingin menunaikan ibadah haji melalui LTH

Info : Bukan ini sahaja, terdapat lebih banyak kemudahan pengeluaran sebahagian KWSP yang boleh dilakukan pada tahun ini.

CARA DAFTAR PERMOHON

Kepada mereka yang memerlukan dan ingin membuat pengeluaran, pendaftaran permohonan boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menawarkan plbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button