Bantuan kredit edompet adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan e-tunai belia rahmah berjumlah RM200 yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Untuk sedia maklum, bantuan khas ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada sidang Belanjawan 2023 Februari lalu.
BANTUAN KREDIT EDOMPET
Inisiatif bantuan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan selaku Menteri kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu dalam sidang dewan rakyat. Program kredit e-tunai belia rahmah ini adalah bantuan kredit edompet bernilai RM200 yang diberikan secara one-off.
Bantuan khas ini ditawarkan kepada golongan bujang belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dengan tujuan utama memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Tambahan baru-baru ini Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa bantuan ewallet ini akan diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur.
Untuk makluman umum, bantuan e-tunai rahmah 2023 telah dijenama semula, sebelum ini dikenali bantuan eBelia 2021 dan ePemula 2022. Kadar bantuan juga telah dinaikkan kepada RM200 berbanding tahun lalu RM150.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut dikongsikan maklumat berkenaan syarat kelayakan bantuan e-tunai belia rahmah 2023 seperti di bawah :
- Bantuan ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja
- Individu mencapai umur 18 hingga 20 tahun
- Bakal diberikan kepada mahasiswa tanpa mengira had umur
- Merupakan pelajar sepenuh masa diperingkat setara diploma dan keatas di institusi pengajian tinggi (IPT)
KADAR BANTUAN
Seperti sedia maklum, kadar bayaran bantuan e-tunai belia rahmah telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Jumlah bayaran yang ditawarkan adalah berjumlah RM200 secara one-off setiap seorang.
PENYEDIA PERKHIDMATAN
Dijangkakan beberapa penyedia perkhidmatan akan terlibat seperti tahun lalu dalam program bantuan edompet seperti berikut :
- BigPay
- GrabPay
- ShopeePay
- Touch N Go eWallet
CARA PERMOHONAN
Seperti tahun lalu, bantuan edompet ePemula mula dilaksanakan pada bulan April 2022. Bagi bantuan e-tunai rahmah 2023 masih belum diumumkan tarikh perlaksanaan, dijangka akan mula dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Segala maklumat terkini BELANJAWAN 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan selain daripada bantuan edompet ini bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.