BANTUANberita

Bantuan Khas RM10000 Untuk Waris Mangsa Terkorban Di Gerik

Bantuan Khas RM10000 untuk waris mangsa terkorban dan RM5000 untuk mereka yang tercedera nahas kemalangan bas. Baru-baru ini, masyarakat dikejutkan dengan tragedi nahas bas yang berlaku di kawasan Gerik, yang meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada ramai penumpang.

Kejadian yang menyedihkan ini telah memberikan impak yang besar kepada keluarga mangsa, terutama kepada waris yang kehilangan orang tersayang.

Bantuan Khas RM10000 untuk Waris Terkorban

Dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada keluarga mangsa, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri telah mengumumkan. Bahawa kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa yang terkorban.

Ini adalah langkah positif yang diambil untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang berdepan dengan situasi yang amat sukar ini.

Bantuan Khas RM5000 untuk Mangsa Cedera

Selain itu, mangsa yang mengalami kecederaan dalam tragedi tersebut juga akan menerima bantuan sebanyak RM5,000. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan dan pemulihan.

Pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk mengecualikan bayaran balik PTPTN bagi pelajar UPSI yang terlibat, yang menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pendidikan dan masa depan generasi muda.

Diharapkan dengan adanya bantuan kewangan ini, ia dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh ahli keluarga yang terlibat dalam nahas di Gerik. Kesedihan akibat kehilangan atau kecederaan adalah sesuatu yang sukar untuk dihadapi, dan langkah kerajaan ini mungkin dapat memberikan sedikit harapan kepada mereka yang terkesan.

Bantuan Tambahan Lain

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah maklum akan memberi bantuan awal RM2000 dan bantuan bencana sebanyak RM1000. 2 bantuan kewangan ini akan disalurkan kepada waris mangsa yang terlibat dalam trageri tersebut.

Manakala pihak kerajaan negeri Perak telah umum pemberian sumbangan bantuan awal bernilai RM1000 kepada semua waris setiap mangsa. Kerajaan negeri TERENGGANU pula akan memberi bantuan sekaligus RM3000 kepada 15 keluarga mangsa yang meninggal.

Manakala seramai 33 mangsa lain yang mengalami kecederaan akan menerima bantuan kebajikan sebanyak RM1000. Semoga keluarga mangsa nahas yang terlibat dalam insiden ini diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini dan salam takziah.

Maklumat Lanjut

Sepanjang tahun ini terdapat pelbagai program bantuan telah dilaksanakan khusus membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Back to top button