BANTUANFasa 4STR

STR Fasa Ke4 : Semakan Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

STR fasa ke4 adalah merupakan inisiatif peringkat terakhir yang akan dibayar pada bulan November nanti. Untuk sedia maklum, pembayaran fasa keempat STR akan diberikan mengikut kategori penerima dengan jumlah yang berbeza.

SEMAKAN STR FASA KE4

Bagi pengetahuan umum, bayaran bagi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah selesai di bayaran pada bulan Januari, April dan Jun bagi fasa 1,2 dan 3. Kini hanya berbaki satu sahaja lagi peringkat pembayaran STR pada tahun ini.

Pada bayaran fasa akhir nanti yang dijadualkan pada bulan November 2023, terdapat satu kategori yang tidak akan terlibat menerima insentif ini. Kategori tersebut adalah golongan bujang, perkara ini kerana jumlah bayaran RM350 telahpun diberikan pada fasa 1 hingga fasa 3.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Pihak kerajaan telah menetapkan kadar bayaran bagi bantuan STR fasa4 dan jumlah bayaran bergantung kategori kelayakan seperti berikut :

ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN BAWAH RM2,500) B40

  • Tiada anak – RM200
  • Mempunyai 1-2 anak – RM600
  • Mempunyai 3-4 anak – RM900
  • Mempunyai 5 dan lebih anak – RM1,200

ISI RUMAH / KELUARGA (PENDAPATAN BAWAH RM5,000) M40

  • Tiada anak – Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai 1-2 anak – Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai 3-4 anak – RM300
  • Mempunyai 5 dan lebih anak – RM500

WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN KE ATAS)

  • RM200 seorang

BUJANG / BUJANG OKU (21 -59 TAHUN)

  • Tiada bayaran (RM0)

TARIKH BAYARAN STR FASA4

Pembayaran akan mula diberikan secara berperingkat bermula November 2023. Kaedah bayaran fasa terakhir nanti akan diberikan secara pengkreditan ke dalam akaun penerima sedia ada.

Kepada penerima tiada kad bank, anda boleh tebus secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN & RAYUAN STR 

Semasa pembayaran STR fasa 3, ramai yang penerima fasa 1 dan fasa 2 mendapati mereka berstatus ‘Tidak Lulus’ pada fasa 3. Jangan risau, bermula hari ini sehingga 31 Julai anda boleh membuat permohonan rayuan.

Kepada mereka yang ingin membuat semakan status pembayaran STR, sila ke laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif, kemudahan dan bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button