Untuk maluman umum, terdapat satu bantuan yang boleh anda terima secara automatik (tanpa permohonan). Inisiatif bantuan ini ialah MySalam 2022.
Bantuan MySalam ini ialah sebuah inisiatif berbentuk skim Takaful perlindungan kesihatan secara percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana melalui Dana Amanah MySalam.
Bantuan skim ini amat bermanfaat kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada golongan B40 kerana bantuan ini diperkenalkan bagi tujuan membantu memudahkan kehidupan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan selesa apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi.
Kepentingan MySalam
Bantuan ini amat bermanfaat kepada mereka yang layak, di bawah telah disediakan berkenaan manfaat yang akan diterima seperti berikut :
- Akan menerima insentif bayaran bantuan harian untuk masa tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 40 sehari atau bersamaan RM 700 setahun
- Bakal menerima bayaran RM 8,000 yang akan disalurkan dalam masa yang akan diumumkan kelak
- Skim Perlindungan MySalam ini akan diperluaskan kepada para penerima bantuan BKM pada tahun 2022
Syarat Kelayakan MySalam
Di bawah telah disediakan syarat kelayakan sebelum anda membuat penebusan seperti berikut :
- Individu yang berumur dari 40 tahun sehingga 65 tahun layak dengan pendapatan tahunan RM 24,000 dan ke bawah
- Individu yang berumur dari 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
- Individu Oku berumur dari 18 sehingga 65 tahun dengan pendapatan tahun RM 24,000 dan ke bawah
Panduan Cara Tebus MySalam
Di bawah telah disediakan panduan cara umtuk anda tebus Mysalam RM 700 seperti berikut :
- Untuk membuat semakan penbuasan, Sila layari Portal Rasmi MySalam – DI SINI
- Untuk makluman, kepada penerima bantuan kewangan sebelum ini iaitu BSH / BPR, anda secara automatik layak dan maklumat akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam
- Kepada penerima yang layak akan dimaklumakan menerusi sistem SMS
- Jika anda layak namun tidak dapat pengesahan SMS, anda disyorkan hubungi talian khas MySalam – 1 300 888 938 atau menghantar emel di info@mysalam.com.my
Maklumat Lanjut
Pada tahun ini, selain dari bantuan skim MySalam ini terdapat lebih banyak lagi bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi golongan B40. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI
Asallammualaikum, maaf nama saya Ronan Liew saya tahun ni berumur 21 tahun tapi tk cukup bulan lagi.. tarikh lahir saya ialah 29/6/2001..saya ingin bertanya kenapa saya tidak layak untuk mendapat mana” bantuan.. sedangkan gaji pendapatan saya bawah rm2000 sebulan..minta jasa baik semua untuk beritahu saya selanjutnya terima kasih..
Asallammualaikum, maaf nama saya Ronan Liew saya tahun ni berumur 21 tahun tapi tk cukup bulan lagi.. tarikh lahir saya ialah 29/6/2001..saya ingin bertanya kenapa saya tidak layak untuk mendapat mana” bantuan.. sedangkan gaji pendapatan saya bawah rm2000 sebulan..minta jasa baik semua untuk beritahu saya selanjutnya terima kasih..