Bantuan Bulanan eWallet RM300 untuk Golongan Keluarga B40

Bantuan bulanan eWallet RM300 akan tersedia bagi golongan keluarga B40 melalui program bantuan kehidupan sejahtera Bingkas. Program ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan kewangan dalam menampung perbelanjaan harian.
Dengan bantuan ini, rakyat yang layak dapat menikmati bantuan berterusan setiap bulan.
PROGRAM BANTUAN BULANAN EWALLET RM300
Kepada yang terlepas pandang, pada tahun ini terdapat sebuah inisiatif yang boleh dimohon oleh kumpulan B40. Bantuan bingkas ini memberi manfaat kepada sekitar 30,000 buah keluarga yang layak mohon.
Pendaftaran untuk program bantuan kehidupan sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai bingkas telah dibuka. Kerajaan negeri telah membuat pembaharuan dalam syarat kelayakan, di mana keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah RM5000 boleh memohon.
Ini merupakan langkah positif untuk memastikan lebih ramai individu yang layak dapat mendapatkan akses kepada bantuan ini. Setelah pendaftaran diluluskan, mereka yang layak akan menerima bantuan eWallet sebanyak RM300 sebulan, yang bersamaan dengan RM3600 setahun.
Amaun ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan barang peralatan harian. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan ia dapat meringankan beban kewangan golongan B40 dalam kehidupan seharian mereka.
SIAPA LAYAK MOHON BANTUAN EWALLET RM300 INI?
Beberapa kriteria syarat kelayakan permohonan bantuan bingkas 2025 telah ditetapkan seperti berikut ;
- Warganegara Malaysia
- Menetap di negeri Selangor minimum 10 tahun
- Pendapatan isi rumah bulanan dibawah RM5000
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah sekurang-kurangnya 2 orang.
Berikut adalah manfaat yang boleh didapatkan dalam program bingkas 2025 ;
- Kadar nilai bantuan RM300 sebulan dikreditkan secara automatik ke akaun selangkah
- Semua pembelian barangan dengan mudah menggunakan kad ewallet selangkah (transaksi tanpa tunai)
- Lebih 1,000 pasaraya dan kedai terlibat seluruh Selangor
- Baki bantuan perlu digunakan sebaiknya oleh penerima kerana amaun lebihan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya (kadar akan masuk pada tahap RM300 sahaja).
PANDUAN DAFTAR BANTUAN EWALLET
Kepada yang berminat, anda boleh kemukakan secara dalam talian dengan mudah seperti di bawah :
- Mohon melalui aplikasi Selangkah (boleh dimuat turun di apps store telefon masing-masing)
- Mohon melalui laman web rasmi – BINGKAS 2025
BANTUAN-BANTUAN LAIN
Selain bingkas terdapat lebih banyak lagi program bantuan yang disediakan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban kewangan penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.