Bantuan awal ramadhan berjumlah RM500 adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang diperkenakan oleh pihak MAIWP. Untuk makluman, pemberian bantuan khas ini akan mula disalurkan pada 27 Mac 2023 bersamaan 5 ramadhan secara berperingkat.
BANTUAN AWAL RAMADHAN
Untuk sedia maklum, perlaksanaan bantuan khas pada bulan ramadhan ini adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan terutama golongan asnaf. Perkara ini bagi memberi keselesaan dalam menyambut kehadiran bulan mulia ramadhan al-mubarak tahun ini.
Kepada pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan awal ramadhan ini pada kadar berjumlah RM500 secara one-off (sekali bayar) dari pihak MAIWP. Pemberian ini akan diberikan pada 27 Mac 2023 bersamaan 5 ramadhan tahun ini.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut telah disediakan syarat kelayakan permohonan bantuan awal ramadhan MAIWP seperti di bawah :
- Berstatus Warganegara Malaysia
- Beragama islam
- Pemohon wajib bermastautin di wilayah persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di wilayah persekutuan
- Tertakluk pada pengiraan has al-kifayah
CARA PERMOHONAN BANTUAN
Kepada mereka yang kurang berkemampuan memerlukan dan ingin membuat permohonan, sila layari portal rasmi MAIWP – DI SINI untuk ketahui maklumat lebih terperinci dan muat turun borang permohonan.
Semoga dengan adanya bantuan khas ini dapat meringankan beban mereka yang berkelayakan memerlukan (golongan asnaf) dalam menyambut bulan puasa tahun ini.
PROGRAM NUR RAMADHAN
Selain dari bantuan RM500 secara one off, pihak MAIWP juga telah melancarkan program nur ramadhan. Program ini telah diadakan di 13 kawasan parlimen di Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.
Golongan asnaf, warga emas, anak yatim, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan dapat menerima sumbangan bantuan sebanyak RM150. Sejumlah RM1.35 juta diperuntukan dan disalurkan kepada 9,000 orang penerima yang berkelayakan.
MAKLUMAT LANJUT
Selain dari bantuan khas MAIWP ini terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai yang akan diberikan sebelum menyambut raya aidilfitri tahun ini. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.