BANTUANJHEVKewangan dan BantuanSara Hidup

Bantuan Sara Hidup RM500 Sebulan Dibawah JHEV

Bantuan Sara Hidup RM500 sebulan adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan di bawah bajet Belanjawan 2025. Perlaksanaan program ini, diharapkan dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh veteran dan keluarga mereka.

PROGRAM BANTUAN SARA HIDUP RM500 TAHUN 2025

Kerajaan MADANI melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah memperkenalkan sebuah program bantuan kewangan untuk golongan veteran. Lebih menarik adalah kadar bayaran bantuan sara hidup ini telah ditingkatkan kepada RM500 sebulan berbanding sebelum ini RM300 sebulan.

Tujuan utama pelaksanaan Bantuan Sara Hidup ini adalah untuk memberikan sokongan kewangan kepada veteran yang sedang berhadapan dengan cabaran kehidupan harian. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu mereka dalam memenuhi keperluan asas serta meningkatkan kualiti hidup.

Dengan bantuan ini, veteran diharapkan dapat menumpukan perhatian kepada perancangan masa depan tanpa tertekan oleh beban kewangan yang tinggi. Bagi mereka yang layak, permohonan untuk Bantuan Sara Hidup boleh dilakukan sepanjang tahun ini.

APA SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN SARA HIDUP?

Proses permohonan adalah mudah dan terbuka untuk semua veteran yang memenuhi syarat kelayakan. Berikut adalah syarat-syarat asas kelayakan pemohon bantuan BSH tahun 2025 ;

  • Warganegara Malaysia
  • Had umur kelayakan adalah 60 tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah dibawah pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  • Pemohon merupakan veteran ATM (Bekas anggota tetap angkatan tentera Malaysia/ bekas tentera british yang berkhidmat di Malaya/ Malaysia atau Singapura / bekas askar wataniah sepenuh masa)
  • Tidak diberhentikan atas kesalahan tatatertib
  • Balu yang telah bernikah semula tidak layak mohon
  • Kategori anak yatim piatu (berumur 18 tahun – 21 tahun berstatus pelajar)
  • Tidak syarat had umur bagi kategori cacat kekal
  • Mempunyai masalah kesihatan yang menjejaskan aktiviti pekerjaan.

DAFTAR BANTUAN SARA HIDUP 2025

Kepada mereka yang berminat dan berkelayakan, pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan rasmi yang disediakan – https://www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran/skim-bantuan-sara-hidup. Pastikan semua dokumen dan maklumat yang diperlukan disediakan dengan lengkap agar proses permohonan berjalan lancar.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi program kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah ditawarkan sepanjang tahun ini kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button