RM350 Setiap Bulan Dikreditkan kepada dan penerima yang layak memohon bantuan Am Persekutuan (BA) tahun 2025.
BANTUAN RM350 DIKREDITKAN SETIAP BULAN
Tahukah anda terdapat sebuah inisiatif bantuan kewangan bulanan yang boleh dimohon pada tahun ini oleh mereka yang memerlukan. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah sediakan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan Am Persekutuan.
Inisiatif kerajaan dibawah pihak JKM ini diperkenalkan adalah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan B40 dan miskin. Program ini menawarkan bantuan tunai bernilai RM100 hingga RM350 sebulan untuk individu dan keluarga berkeperluan dan kurang berkemampuan.
Dengan adanya bantuan bulanan ini dapat membantu penerima membeli barang keperluan asas seperti makanan dan perubatan. Bukan itu sahaja, mereka yang terjejas akibat bencana alam atau masalah kewangan juga akan menerima manfaat.
Permohonan bantuan am persekutuan ini dibuka sepanjang tahun ini selagi kuota masih ada. Kepada yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini.
KELAYAKAN MOHON BANTUAN RM350 SETIAP BULAN
Program bantuan Am persekutuan ini dibuka kepada orang ramai yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara – Individu yang ingin memohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
- Pendapatan bulanan – Gaji atau pendapatan dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
- Keutamaan – Bantuan ini ditawarkan khusus kepada golongan miskin yang tidak diliputi bantuan lain dari JKM
- Golongan terjejas – Pemohon yang tiada pendapatan bulanan secara tetap atau terjejas dari segi kewangan.
CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN AM RM350
Kepada yang berkeperluan jangan lepaskan peluang untuk kemukakan permohonan secara dalam talian. Panduan untuk mendaftar telah disediakan seperti berikut :
- Layari laman portal rasmi BANTUAN AM PERSEKUTUAN
- Semak butiran lengkap dan klik pada bahagian ”Mohon Disini”
- Pastikan anda isi borang dan sertakan dokumen penting yang diperlukan
- Semak semula sebelum hantar borang permohonan
- Anda akan menerima maklum balas layak atau tidak dalam masa terdekat.
Setiap permohonan yang dikemukakan akan melalui proses penilaian bagi mengesahkan pemohon benar-benar layak menerima bantuan.
MAKLUMAT LANJUT
Pelbagai program berbentuk bantuan dan kemudahan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan, rujuk pada halaman utama!