Pengeluaran Duit KWSP Terkini melalui akaun 1,2 & 3 boleh dilakukan oleh ahli secara sepenuhnya atau sebahagian.
SEMAKAN PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI
Untuk makluman umum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan kemudahan kepada setiap ahli atau pencarum. Setiap ahli KWSP boleh melakukan pengeluaran secara sebahagian atau sepenuhnya selagi menepati syarat yang telah ditetapkan.
Seperti yang telah diumumkan, platform KWSP telah distruktur semula dan mempunyai 3 akaun iaitu akaun persaraan (1), sejahtera (2) dan fleksibel (3). Untuk mudah faham pengeluaran sepenuhnya akaun 1, pengeluaran sebahagian akaun 2 dan pengeluaran pada bila-bila masa akaun 3.
Setiap akaun mempunyai fungsi masing-masing dan memberi ruang kepada ahli untuk menguruskan simpanan kewangan mereka. Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan kadar caruman terbaharu selepas penstrukturan semula :
- Akaun persaraan : 75% kadar caruman
- Akaun sejahtera : 15% kadar caruman
- Akaun fleksibel : 10% kadar caruman
Kadar dibawah adalah jumlah peratusan yang dicarum setiap bulan oleh ahli. Berikut adalah tempoh bila ahli boleh membuat pengeluaran mengikut akaun :
- Akaun 1 / Persaraan : Simpanan boleh dikeluarkan selepas umur 55 tahun atau keperluan kecemasan (tertakluk kelulusan KWSP)
- Akaun 2 / Sejahtera : Simpanan boleh dikeluarkan secara sebahagian untuk tujuan seperti pendidikan, perumahan dan rawatan perubatan
- Akaun 3 / Fleksibel : Pengeluaran boleh dilakukan pada bila-bila masa selagi baki akaun mencukupi, minimum pengeluaran adalah RM50.
SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN DUIT KWSP
Ahli KWSP yang mematuhi syarat kelayakan sahaja boleh membuat pengeluaran duit KWSP. Dibawah dikongsikan syarat asas kelayakan pengeluaran :
PENGELUARAN AKAUN PERSARAAN
- Ahli KWSP
- mencapai umur 55 tahun
- Kehilangan upaya sebelum mencapai umur 55 tahun
AKAUN SEJAHTERA
- Ahli KWSP
- Umur belum mencapai 55 tahun
- Memenuhi syarat tambahan pengeluaran
AKAUN FLEKSIBEL
- Ahli KWSP
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Mempunyai minimum baki simpanan dalam akaun RM50.
Antara jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan adalah seperti berikut :
- Pengeluaran secara penuh
- Pengeluaran sebahagian
- Pengeluaran bayaran bulanan
- Bayaran dividen secara automatik (tahunan)
- Kombinasi pengeluaran bulanan dan sebahagian.
Sekiranya anda ingin membuat sebarang pengeluaran melalui akaun 1,2 & 3, panduan lenkap telah disediakan melalui laman rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/
Pastikan anda semak kelayakan permohonan mengikut kategori yang anda pilih sebelum kemukakan pendaftaran. Hal ini bagi memudahkan urusan proses semakan agar permohonan dapat diluluskan.
KESIMPULAN
Kemudahan KWSP amat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutama pada waktu kecemasan dan hari persaraan. Sila lihat senarai insentif yang ada ditawarkan kerajaan sepanjang tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan SEMAK DISINI untuk panduan umum!