Bantuan Pendidikan TAPEM One-Off untuk Pelajar IPT

Bantuan Pendidikan TAPEM merupakan inisiatif yang diperkenalkan untuk meningkatkan akses pendidikan bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Kewujudan bantuan ini adalah sebagai usaha untuk mengurangkan beban kewangan pelajar yang sering kali menghadapi cabaran dalam menampung kos pendidikan yang semakin meningkat.
PROGRAM BANTUAN PENDIDIKAN TAPEM
Pihak Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) telah menyediakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan. Antara inisiatif yang boleh dimohon dibawah TAPEM adalah seperti bantuan persekolahan (sekolah rendah), bantuan institusi pengajian tinggi, biasiswa pengajian sekolah menengah dan banyak lagi.
Yang terkini bantuan ke institusi pengajian tinggi disediakan secara one-off kepada pelajar IPT. Bantuan ini terbuka kepada semua pelajar IPT yang memenuhi syarat tertentu, termasuk mereka yang berpendapatan rendah atau yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Dengan pengenalan bantuan one-off ini, pelajar dapat menerima sokongan untuk membiayai keperluan pendidikan mereka, termasuk yuran pengajian, buku, dan peralatan belajar. Berikut adalah kadar bayaran bantuan (One-off) yang boleh dimohon :
- Diploma : RM400
- Ijazah : RM600
- Sarjana : RM600
- PHD : RM600
- Semua peringkat pengajian : RM1000.
SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN TAPEM
- Individu / pemohon merupakan warganegara Malaysia lahir di negeri Melaka
- Telah menerima tawaran masuk ke IPT
- Permohonan boleh dikemukakan bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja
- Permohonan boleh dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pendaftaran di institusi IPT
- Pemohonan boleh dipertimbangkan bagi ibu bapa yang telah bermastautin di Melaka melebihi 10 tahun.
PROSES PERMOHONAN BANTUAN
Untuk memohon bantuan pendidikan TAPEM, pelajar perlu mengisi borang permohonan yang tersedia di laman web rasmi – TAPEM 2025 . Proses ini biasanya adalah mudah dan cepat, di mana pelajar akan diminta untuk menyediakan dokumen sokongan yang menunjukkan kelayakan mereka.
Bantuan ini bukan sahaja membantu dalam aspek kewangan tetapi juga memberikan motivasi kepada pelajar untuk terus berusaha dalam pengajian mereka. Segala bantuan yang diterima diharapkan dapat meningkatkan prestasi akademik dan pencapaian pelajar di IPT.
LEBIH INFO BANTUAN
Sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan pelbagai program bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.