BANTUANMyKasih

Semakan Status Penerima MyKasih : Bantuan Khas RM600

Semakan Status Penerima MyKasih : Bantuan Khas RM600 & RM1200 ini telah mula disalurkan kepada penerima STR 2024 yang layak.

Kerajaan telah memaklumkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah MyKasih adalah sebahagian insentif di bawah Bajet 2024.

SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH 2024

Untuk pengetahuan semua, MyKasih SARA ini adalah merupakan lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Pemberian bantuan tambahan ini diberikan khusus kepada penerima STR sahaja.

Setiap mereka yang layak terima bayaran STR boleh membuat semakan status MyKasih 2024 melalui laman portal rasmi. Semakan adalah bagi mengenalpasti sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini.

Pada tahun ini pemberian bantuan MyKasih adalah berjumlah sehingga RM1200 setahun. Bayaran bantuan diberikan mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :

  • Penerima STR Miskin tegar kategori isi rumah & warga emas : RM1200
  • Penerima STR Miskin tegar kategori bujang : RM600
  • Penerima STR bukan miskin kategori isi rumah : RM300
  • Penerima STR bukan miskin kategori bujang & warga emas : RM150

MANFAAT PENERIMA BANTUAN MYKASIH

Mereka yang layak menerima bantuan khas ini boleh menggunakan nilai bantuan tersebut untuk membeli barangan keperluan asas dan pendidikan. Terdapat lebih 500 premis pasaraya berdaftar di bawah MyKasih yang boleh digunakan oleh penerima seperti di bawah :

  • Lotus
  • Mydin
  • Econsave
  • The store
  • Giant
  • Pasific
  • Milimewa
  • 99 speedmart
  • Pasaraya TF
  • Pasar mini bebas dan pasaraya berhampiran.

SEMAKAN JADUAL BAYARAN MYKASIH

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan mykasih telah mula dikreditkan mulai Januari hingga Disember 2024. Pembayaran ini adalah bagi kategori penerima miskin tegar.

Manakala mereka yang bukan berstatus miskin tegar, tarikh bayaran akan dimaklumkan pada masa terdekat. Segala maklumat terkini mengenai tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2024

Kepada anda yang belum membuat semakan, sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah :

  • Layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih 2024
  • Kemudian tekan ”Semak Status”
  • Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan
  • Status penerima akan dipaparkan pada skrin.

MAKLUMAT RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin ketahui lebih terperinci berkenaan bantuan ini. Sila hubungi talian khas bantuan mykasih di 03-7720 1800 / 1900 atau e-mel ke info@mykasih.com.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button