Terkini : Bantuan eWallet RM300 dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan ini merupakan salah satu insentif yang masih diteruskan pada tahun 2024.
TERKINI : BANTUAN EWALLET RM300
Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program pemberian insentif yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera Bingkas. Melalui program ini, mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan ewallet secara bulanan.
Tujuan utama perlaksanaan bantuan istimewa ini adalah membantu keluarga B40 membeli barangan keperluan asas serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Dengan adanya inisiatif ini dapat meringankan beban golongan yang terjejas.
Berdasarkan tahun lalu, sekitar 30 ribu buah keluarga dapat manfaat daripada program bantuan bingkas ini. Kadar bantuan RM300 dikreditkan secara automatik setiap bulan kepada mereka yang layak.
MANFAAT BANTUAN EWALLET RM300 (BINGKAS)
Di bawah dikongsikan beberapa manfaat dan kelebihan bantuan ewallet ini seperti berikut :
- Amaun ewallet boleh digunakan di semua kedai dan pasaraya berdaftar untuk pembelian barangan keperluan
- Had bulanan bagi pembelian barangan adalah berjumlah RM300
- Semua urusniaga akan dilaksanakan secara cashless (tanpa tunai)
- Amaun baki nilai bantuan bagi bulan sebelum tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya
- Insentif Bingkas ini ditambah nilai RM300 secara automatik (bulanan).
KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300
Pihak kerajaan negeri telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi program bantuan khas ini seperti di bawah :
- Berstatus warganegara Malaysia sahaja
- Keutamaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3000
- Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri ini
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor.
PANDUAN DAFTAR BANTUAN EWALLET
Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan sebelum kuota penuh dan ditutup. Panduan lengkap cara daftar dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.