Pihak Kerajaan telah melancarkan satu Program yang berkaitan dengan Perumahan iaitu Program Perumahan Rakyat atau dikenali sebagai PPR. Tujuan Program ini lebih mensasarkan golongan berpendapatan rendah bagi memenuhi keperluan kediaman lebih selesa dan penempatan semula tempat setinggan.
Jabatan Perumahan Negara di bawah Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perumahan adalah Agensi perlaksanaan utamabagi Program PPR di seluruh negeri. Terdapat 2 kategori dalam Program ini iaitu Program miliki PPR dan Program sewaan PPR. Projek Perumahan ini dibina akan menggunakan spesifikasi menggunakan Reka bentuk dan perancangan perumahan kos rendah yang telah ditetapkan di dalam syarat standard Perumahan Negara untuk pembinaan Perumahan Kos Rendah rumah apartmen – CIS2.
Maklumat Program Perumahan PPR – Sewaan
Program Projek PPR sewaan ini telah dilancarkan pada bulan Februari 2002. Tujuan utan program ini mensasarkan golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar bayaran sewaan serendah RM 124 sebulan.
Kemudahan Di Sekitar Rumah PPR
- Ruang niaga/ Gerai makanan
- Ruang orang ramai / Dewan
- Surau
- Tadika / pra sekolah
- Kawasan lapang / kawasan beriadah
- Rumah sampah
Kriteria Rumah PPR
- Keluasan – Melebihi dari 700 kaki persegi
- Kawasan Bandar – Jenias Rumah Bertingkat ( antara 5 – 18 tingkat) berpandukan tempat
- Kawasan Luar Bandar – Jenis perumahan terletak / Teres
- Contoh Binaan PPR – 3 bilik1 ruang dapur 1 ruang tamu dan 2 bilik air
Panduan Permohonan Program PPR – Sewaan
Jika anda ingin mebuat sebarang permohonan program PPR – sewaan ini boleh melalui 2 kaedah iaitu secara atas talian / online atau secara manual.
Permohonan Secara Atas Talian / Online
Untuk membuat sebarang permohonan secara online boleh terus layari Portal Rasmi SPRN di – SINI
Permohonan Secara Manual
Kepada anda yang ingin membuat permohonan secara manual, anda perlu pihak bahagian Perancangan dan Pembangunan Program projek perumahan PPR bagi setiap Negeri di –SINI
Syarat Permohonan PPR – Sewaan
- Permohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
- Bependapatan isi rumah bulanan RM 3,000 dan kebawah
- Menepati Had umur kelayakan – 18 tahun dan ke atas
- Individu yang belum pernah memiliki rumah
- Menepati syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri
Maklumat Lanjut
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau maklumat lebih terperinci berkenaan Program PPR sewaan ini boleh hubungi talian hotline Jabatan Perumahan Negara seperti di bawah :
No Tel – 603 8000 8000
no Faksimile – 603 8891 4088