Bajet 2023BANTUANKerajaan

Bantuan Khas Kewangan RM350 & RM700 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan khas kewangan sebanyak RM350 dan RM700 adalah merupakan pemberian pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia pada tahun 2023. Menerusi pengumuman Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas.

Insentif khas ini akan disalurkan kepada kira-kira 1.3 juta penjawat awam di bawah gred 56 dan golongan pesara kerajaan dengan kadar bantuan sebanyak RM350 dan RM700.

Menurut beliau, kerajaan perpaduan yang kini menerajui kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan ini sebagai penghargaan dan berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bagi anggota awam dalam menjalankan tugas perkhidmatan kepada rakyat.

Setiap penggal kerajaan silih berganti, namun penjawat awam kekal setia dan berdedikasi demi keharmonian negara. Katanya dalam pembentangan Bajet mini 2023 baru-baru ini.

BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023

Untuk makluman, bantuan khas ini akan berkuatkuasa pada 1 januari 2023 dimana diberikan kepada penjawat awam gred 56 dan kebawah sebanyak RM700 dan pesara kerajaan sebanyak RM350.

Tambahan dalam sidang bajet mini telah diberitahu bantuan khas RM100 dalam bayaran kenaikkan gaji tahunan (KGT) akan diteruskan pada tahun hadapan.

KADAR BANTUAN KHAS

Berikut adalah kadar bantuan khas kewangan yang akan diterima seperti dibawah :

  • Kumpulan penjawat awam Gred 56 dan kebawah akan menerima bantuan sebanyak RM700
  • Kumpulan pesara kerajaan dan veteran akan menerima bantuan sebanyak RM350.

INISIATIF BANTUAN BERKUAT KUASA PADA JANUARI 2023

Selaku Menteri kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut aturan urusan menyuarat telah membentangkan peruntukan bkk ini di bawah akta kumpulan wang disatukan (pembelanjaan masuk ke akaun). Pemberian kewangan ini akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari tahun 2023.

Melalui akta berkenaan akan membenarkan pembelanjaan dikeluarkan daripada kumpulan wang yang disatukan untuk perkhidmatan sebahagian tahun hadapan.

Sekiranya anda ingin semak bantuan yang bakal ada pada tahun hadapan, sila ke laman khas Bajet 2023 –DI SINI

INFO LANJUT

Jika anda terlepas pandang, terdapat bantuan yang masih ada pada tahun ini yang mungkin berkelayakan untuk anda dapatkan. Sekiranya anda ingin semak senarai inisiatif yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button