AirBANTUAN

Bantuan Bil Air Percuma Sehingga 2024

Bantuan Bil Air percuma ini adalah merupakan inisiatif dari pihak kerajaan negeri bagi membantu mereka yang memerlukan. Skim Air Darul Ehsan (SADE) ini merupakan program penjajaran semula pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu air kepada golongan kumpulan sasar yang memerlukan dan berkelayakan.

Di halaman ini dikongsikan maklumat ringkas berkenaan syarat kelayakan dan panduan permohonan bantuan khas ini seperti dibawah.

SKIM BANTUAN SADE

Pihak kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan bil air percuma ini untuk rakyat yang memerlukan sehingga tahun 2024. Kepada golongan sasar iaitu b40 dan miskin tegar disarankan membuat permohonan bantuan ini bagi meringankan beban kos pembelanjaan bulanan anda.

SYARAT KELAYAKAN SADE

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan bil air SADE seperti dibawah :

  • Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan semasa bulanan isi rumah dibawah RM5,000 sebulan
  • Individu yang ingin memohon hanya layak mohon untuk satu akaun atau premis sahaja
  • Premis kediaman mempunyai meter air individu
  • Progam bantuan ini sehingga tahun 2024.

PANDUAN PERMOHONAN

Untuk makluman, jika anda menepati syarat kelayakan bantuan ini anda boleh membuat permohonan secara atas talian melalui sistem smart inisiatif peduli rakyat (SSIPR) pada tahun ini.

Untuk anda yang ingin membuat permohonan secara online, sila semak panduan permohonan di portal rasmi SADE air Selangor – DI SINI

Di dalam laman rasmi tersebut, anda boleh membuat permohonan, muat turun borang dan boleh membuat pertanyaan berkenaan bantuan bil air percuma atau ingin mengetahui lebih terperinci.

INFO LANJUT

Untuk sedia maklum, selain daripada bantuan SADE ini terdapat pelbagai jenis insiatif terutama bantuan berbentuk kewangan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Tidak kira kerajaan negeri mahupun persekutuan. Banyak bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu golongan b40 dan miskin meringankan kos sara hidup mereka.

Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button