Panduan Daftar Akaun KWSP Untuk Remaja 14 Tahun Keatas & Terima Insentif RM 250 Setiap Tahun
Bagi yang terlepas pandang, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan untuk pelbagai golongan termasuklah kepada golongan remaja atau anak yang berumur 14 tahun keatas. Kini individu yang berumur 14 tahun dan keatas sudah boleh mendaftar akaun Kumpula Wang Simpanan Pesaraan atau lebih dikenali sebagai KWSP.
Remaja yang dibenarkan bagi membuat pendaftaran akaun KWSP adalah di dalam simpanan syariah dan ia bagi tujuan untuk simpanan dalam tempoh jang panjang.
Untuk pendaftaran akaun KWSP ini tidak perlu tunggu pemohon mula bekerja baru boleh menyimpan wang. Bagi para penjaga dan ibubapa yang ingin membuat persediaan jangka panjang anak dan memudahkan urusan anak nanti.
Para ibu bapa boleh membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak dan buat sedikit simpanan untuk mereka dalam akaun. Sekiranya anda membuka akaun KWSP anak sekarang, akan mendapatkan insentif kewangan tambahan sehingga RM 250 setiap tahun.
Manfaat Buka Akaun KWSP untuk Remaja
- Akan terima insentif tambahan dari pihak Kerajaan maksimum RM 250 setahun
- Perancangan simpanan jangka panjang anak
- sebagai ahli KWSP akan layak tuntutan khairat kematian RM 2500
- Mula menyimpan pada usia muda
- dapat dividen patuh syariah setiap tahun
Cara Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun dan ke Atas
Kepada para penjaga dan ibubapa boleh membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak 14 tahun dan keatas melalui mana-mana cawangan kiosk KWSP dengan mudah tanpa perlu pergi ke kaunter.
Di bawah telah disediakan panduan cara untuk membuka akaun KWSP anak seperti berikut :
- Untuk pendaftaran sebagai ahli KWSP (IC anak dan cap jari diperlukan) di mana-mana kiosk KWSP
- Seterusnya, beritahu kepada pegawai KWSP tersebut untuk membuka i-akaun dan beralih ke simpanan syariah terus
- Kebiasaannya pegawai KWSP akan tolong buatkan secara terus di kiosk
- Setelah selesai i-akaun siap, pegawai akan membantu daftarkan ke akaun simpanan syariah
- Setelah siap, sila beritahu pegawai tersebut untuk daftar caruman i-saraan – Caruman secara sukarela
Untuk ibubapa disarankan untuk membuka akaun KWSP anak bagi tujuan simpanan masa hadapan lebih terancang dan terjamin. Turut boleh dapat insentif tambahan RM 250 setahun.
Maklumat Lanjut
Pada waktu ini terdapat pelbagai jenis inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin mebuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini khususnya berbentuk bantuan kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI