BANTUANKanak-kanakKWSP

TERKINI~ Insentif RM 250 Setahun Untuk Anak, Semak Sekarang

Mengikut statistik data, ramai para penjaga dan ibu bapa terlepas pandang berkenaan golongan kanak-kanak kini sudah boleh mendaftar untuk simpanan persaraan KWSP pada tahun 2022.

Untuk makluman, kepada kanak-kanak yang berumur 14 tahun dan keatas kini boleh mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan simpanan Syariah dan simpanan untuk masa hadapan anak.

Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas

Bagi mendaftar akaun KWSP anak, ibu bapa tidak perlu tunggu anak bekerja kini anda sudah boleh mendaftar akaun KWSP untuk anak anda.

Tujuan kemudahan skim ini adalah bagi memberikan persiapan kepada anak untuk masa hadapan mereka supaya bersedia dan mengamalkan budaya menyimpan untuk kemudahan akan datang.

Insentif Khas

Berita baik, sekiranya anda membuka pendaftaran akaun KWSP untuk anak, mereka secara automatik akan menerima insentif tambahan sehingga RM 250 untuk setahun.

Panduan Daftar Akaun KWSP Anak

Di bawah telah disediakan panduan cara daftar akaun untuk permohonan kanak-kanak berumur 14 tahun keatas.

Para penjaga dan ibu bapa boleh mendaftar akaun KWSP untuk anak dengan mudah melalui mana-mana cawangan KWSP tanpa perlu ke kaunter.

  1. Untuk pendaftaran sebagai ahli KWSP, anda perlu sediakan kad pengenalan dan cap jari pemohon. Sila hadir di mana-mana kiosk KWSP berdekatan
  2. Sila maklumkan kepada pegawai KWSP untuk bantu membuka akaun simpanan syariah secara terus
  3. Seteleh melengkapkan i-akaun KWSP, pegawai tersebut akan membantu mendaftarkan akaun syariah anak
  4. Maklumkan kepada pegawai bertugas untuk mendaftarkan i-saraan sumbagan sukarela untuk insentif RM 250.

Manfaat Buka Akaun KWSP Anak

  1. Bersedia & mempunyai perancangan yang baik untuk simpanan jangka panjang anak
  2. Anak akan menerima insentif tambahan sehingga RM 250 setiap tahun
  3. Dapat dividen tahunan
  4. Automatik layak tuntut Skim Khairat Kematian KWSP sebanyak RM 2,500 sekiranya perkara tidak diingini berlaku.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai pakej bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi mereka yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button