BANTUANBeliae-Dompet

Tebus Bantuan E-Dompet RM200 Melalui Setel

Tebus bantuan e-dompet RM200 secara percuma melalui aplikasi Setel, penebusan boleh dilakukan bermula 26 Jun sehingga 31 Ogos 2023. Untuk makluman, Kementerian Kewangan telah melantik Setel yang merupakan platform mudah alih sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-dompet bagi program eBeliaRahmah 2023.

TEBUS BANTUAN E-DOMPET RM200

Aplikasi Setel adalah salah satu platform selain Tounch N Go dan Boost yang terlibat dalah penyediaan perkhidmatan tebus bantuan e-dompet tahun ini. Pihak Setel berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada menyokong program eBelia Rahmah ini.

Perlaksanaan inisiatif khas ini juga seiring dengan matlamat Setel dalam memupuk budaya masyarakat terutama golongan belia bagi pembelian tanpa tunai. Secara tidak langsung dapat mempromosikan transaksi kewangan dalam bentuk digital yang lebih efisien dan selamat.

KREDIT E-DOMPET BOLEH DIGUNAKAN

Untuk pengetahuan, aplikasi Setel kini boleh digunakan lebih dari 1.6 juta kedai runcit di seluruh negara dan lebih dari 1,000 cawangan stesen minyak PETRONAS.

Rakyat Malaysia yang merupakan golongan Belia yang layak tuntut bantuan e-dompet (eBeliaRahmah) melalui aplikasi Setel, mereka boleh membelanjakan amaun tersebut. Dimana-mana kedai yang memaparkan kod QR Setel, Duit now dan mana-mana stesen PETRONAS.

KRITERIA LAYAK TEBUS

Mereka yang layak tebus bantuan e-dompet berjumlah RM200 secara percuma ini adalah seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 20 tahun
  • Diperluaskan kepada mahasiswa yang berstatus pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan dalam Malaysia

TARIKH RASMI DAFTAR & TEBUS RM200

Bagi makluman umum, pihak kerajaan secara rasmi telah mengumumkan bahawa program bantuan kredit e-tunai belia rahmah ini. Akan bermula pada tarikh 26 Jun (8 pagi) sehingga tarikh tutup 31 Ogos 2023.

Info : Bantuan eBeliaRahmah ini boleh dituntut paa tarikh yang telah dinyatakan seperti diatas. Selepas berjaya dapatkan kredit percuma bernilai RM200, amaun tersebut perlu digunakan sebelum 31 Ogos.

Kredit tersebut tidak boleh dipindahkan ke akaun e-dompet yang lain. Untuk semak maklumat penuh dan cara tebus, sila ke laman rasmi eBeliaRahmah – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain tebus bantuan e-dompet, terdapat beberapa lagi inisiatif yang diberikan pada bulan ini kepada rakyat Malaysia. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button