Tarikh bayaran fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diumumkan oleh pihak kerajaan, pembayaran akan diagihkan pada bulan April selewat-lewatnya selesai sebelum hari raya. Untuk sedia maklum fasa kali ini akan melibatkan kategori bujang, warga emas dan isi rumah.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023
Bagi makluman umum, pemberian bantuan sumbangan tunai rahmah ini adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Pembayaran bantuan khas ini akan diberikan secara berperingkat melalui (4) fasa.
Kategori yang terlibat adalah bujang, isi rumah serta warga emas. Manakala bagi kadar jumlah bantuan pula, ianya diberikan pada kadar berbeza bergantung kelayakan penerima. Seperti sedia maklum, pembayaran STR fasa 1 telah selesai disalurkan pada 17 Januari lalu.
Kini proses untuk pengkreditkan fasa seterusnya telah dijalankan, kepada penerima sedia ada akan menerima kadar bayaran STR fasa 2 nanti diantara RM100 – RM200 bergantung kategori.
TARIKH BAYARAN FASA 2
Untuk pengetahuan umum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran STR fasa 2 secara kredit terus dan tebus tunai di cawangan BSN. Pembayaran akan dipercepatkan pada awal atau pertengahan April 2023.
Ini adalah merupakan berita gembira khususnya untuk golongan yang benar-benar memerlukan. Tarikh bayaran fasa 2 STR adalah dalam jangkaan akan bermula pada 5 – 15 April 2023. Yang pasti bayaran akan selesai disalurkan sebelum raya aidilfitri iaitu 22 April.
JUMLAH BAYARAN KESELURUHAN STR
Untuk sedia maklum, jumlah bayaran bantuan STR adalah berbeza-beza bergantung kategori kelayakan seperti dibawah :
KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)
- RM1,000 sehingga RM2,500 (Jumlah bantuan bergantung bilangan tanggungan anak)
ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)
- RM500 sehingga RM1,250 (Jumlah bantuan bergantung bilangan tanggungan anak)
BUJANG
- RM350
WARGA EMAS (TIADA PASANGAN)
- RM600
BANTUAN TAMBAHAN
- Bantuan tambahan bernilai RM600 ditawarkan kepada golongan keluarga miskin tegar. Pemberian bantuan tambahan berbentuk baucar makanan asas dan bakul makanan
Nota : Kepada yang masih belum kemaskini maklumat peribadi, sila lakukan sebelum tarikh tutup permohonan 31 Mac (Jumaat). Layari laman rasmi MySTR – DI SINI untuk semakan kemaskini maklumat.
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.