Tarikh bayaran bantuan kewangan dari Jabatan kebajikan masyarakat (JKM) pada bulan Mei adalah 1 sehinga 10 Mei dan dibayar secara berperingkat. Untuk sedia maklum, bantuan khas skim kebajikan masyarakat ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.
BANTUAN KEWANGAN JKM MEI 2023
Pihak JKM telah menetapkan tarikh bayaran bantuan kewangan akan diberikan pada 1 – 10 haribulan setiap bulan mengikut kategori bantuan. Kepada warganegara Malaysia yang berada dalam golongan memerlukan, permohonan bantuan JKM masih boleh dilakukan.
Terdapat beberapa inisiatif yang disediakan dalam skim bantuan kebajikan yang boleh dimohon sekiranya berkelayakan. Antaranya adalah bantuan warga emas (BWE), bantuan kanak-kanak (BKK), Bantuan anal pelihara (BAP) dan lebih banyak lagi.
KADAR BANTUAN KEWANGAN JKM
Jumlah bayaran yang diberikan adalah berbeza bergantung kelayakan jenis bantuan yang dimohon. Kadar yang disediakan adalah minimum RM150 sehingga RM1000 bergantung jenis bantuan JKM.
Kepada pemohon yang layak, bayaran akan dikreditkan secara setiap bulan pada jumlah bayaran yang telah ditetapkan.Bagi bulan Mei ini, pembayaran akan diberikan selewatnya 10 haribulan kepada penerima sedia ada.
PANDUAN PERMOHONAN
Kepada individu atau isi rumah yang kurang bernasib baik dan memerlukan, panduan permohonan dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan disediakan. Sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI
INFO LANJUT
Selain daripada bantuan JKM, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi membantu rakyat Malaysia. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.