BANTUANBantuan Khairat KematianKWSP

Kaedah Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian KWSP Sebanyak RM 2,500

Untuk pengetahuan umum, ramai ahli yang terlepas pandang berkenaan insentif khairat kematian KWSP ini boleh dituntut. Menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan sebuah skim iaitu bantuan khairat kematian yang berjulah sebanyak RM 2,500 kepada ahli KWSP.Skim Khairat Kematian ini boleh dituntut pewaris sekiranya terdapat ahli KWSP yang meninggal dunia.

Skim Bantuan Khairat Kematian KWSP

Skim bantuan ini adalah merupakan salah satu inisiatif dari pihak KWSP kepada ahli / pencarum. Pembayaran bagi bantuan khairat kematian KWSP ini akan diberikan secara one-off (sekali bayar) kepada wakil tanggungan yang layak – Balu / duda / ibubapa atau anak kepada ahli, tertakluk kepada status perkahwinan ahli.

Bagi tuntutan khairat kematian RM 2,500 ini, anda boleh dapatkan borang di mana-mana cawangan KWSP berdekatan anda. Sila pastikan anda sertakan dokumen dokumen penting yang diperlukan semasa anda ingin membuat permohonan di cawangan KWSP pilihan anda.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Sijil Lahir pemohon
  • Borang pengeluaran KWSP 9 KM ahli
  • Sediakan sijil kematian ahli
  • Sediakan buku bank / penyata akaun bank simpanan
  • Surat kuasa
  • Penama yang telah meninggal dunia

Syarat Kelayakan

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan tuntutan bantuan khairat kematian RM 2,500 :

  • Diberikan kepada ahli KWSP yang telah meniggal dunia dan merupakan warganegara Malaysia
  • Kepada penduduk tetap PR atau bukan warganegara Malaysia – Berdaftar sebelum tanggal 1 Ogos 1998
  • Orang tanggungan ahli – Balu / anak / duda / ibubapa , tertakluk pada status perkahwinan ahli KWSP
  • Ahli yang telah meninggal dunia yang belum mencapai usia 60 tahun
  • Ahli yang mempunyai wang simpanan KWSP

Jika anda ingin mengetahui lebih mendalam berkenaan skim bantuan khairat kematian KWSP ini, anda boleh terus layari laman rasmi KWSP – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan dengan anda untuk mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button