FSA2KWSP

Pengeluaran FSA2 KWSP : Perkara Yang Perlu Pecarum Ketahui

Pengeluaran FSA2 KWSP adalah merupakan program Fasiliti Sokongan Akaun 2 dimana pencarum boleh membuat pengeluaran selagi menepati syarat kelayakan. Untuk makluman, program khas ini akan mula dibuka permohonan pada 7 April ini. Di halaman kali ini dikongsikan perkara yang perlu pencarum ketahui berkenaan FSA2 KWSP.

PENGELUARAN FSA KWSP

Kemudahan pengeluaran FSA KWSP ini akan dilaksanakan dalam dua (2) fasa, kepada ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh membuat permohonan melalui bank yang mengambil bahagian. Antara bank yang boleh dimohon adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB bank.

Untuk sedia maklum, pihak KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank untuk mengambil bahagian dalam FSA2 KWSP ini.

FSA2 KWSP FASA 1

Pihak KWSP telah menyatakan bahawa permohonan pengeluaran Fasa 1 akan mula dibuka pada 7 April 2023. Permohonan akan dibuka selama setahun, kepada pencarum / ahli KWSP yang boleh memohon adalah berumur 40 tahun dan ke atas.

Syarat kelayakan adalah tertakluk kepada kesediaan pihak Bank yang mengambil bahagian dan pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan pembiayaan peribadi ini. Kadar pembiayaan adalah minimum RM3,000 sehingga RM50,000 bergantung pada baki simpanan dan tertakluk kepada penilaian pembiayaan.

Sebelum membuat permohonan, ahli perlu semak awal kelayakan dalam akaun 2 KWSP kerana permohonan perlu dilakukan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui oleh institusi perbankan.

Untuk makluman, kadar faedah yang dikenakan dijangka diantara 4-5 peratus secara konvensional atau kadar keuntungan islamik. Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa bagi pembiayaan peribadi dari institusi perbankan yang lain.

PERMOHONAN FSA2 KWSP

Bermula 7 April 2023 (jumaat) ahli boleh membuat permohonan secara atas talian (online). Sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI untuk ketahui maklumat lebih terperinci.

Adakah program fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2) KWSP ini berbaloi untuk ahli membuat pengeluaran secara pembiayaan? Anda disarankan semak teliti terma dan syarat yang telah ditetapkan di laman rasmi diatas. Diharapakan dengan adanya kemudahan ini dapat membantu para pencarum meringankan beban mereka.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan terutama golongan B40 dan miskin. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button