AidilfitriBANTUANRaya

Bantuan Raya Aidilfitri RM1200 : Telah Mula Dibayar Pada Hari Ini

Bantuan Raya Aidilfitri berjumlah RM1200 telah mula dibayar kepada mereka yang terlibat secara berperingkat pada hari ini. Untuk makluman, inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif yang disalurkan pada bulan Mac 2024.

BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Bagi pengetahuan umum, sempena menyambut bulan puasa dan menjelang bulan syawal, kerajaan negeri telah memaklumkan pemberian insentif khas. Inisiatif istimewa Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) telah mula diagihkan.

Kadar bayaran bantuan raya aidilfitri telah ditetapkan adalah setengah bulan gaji atau minimum RM1200. Pemberian ini disalurkan adalah bagi tujuan meringankan beban kos perbelanjaan menjelang sambutan perayaan hari raya yang bakal tiba.

Program khas ini melibatkan peruntukan bantuan sekitar RM7.44 juta daripada pihak kerajaan negeri. Bantuan kewangan raya ini juga diperluaskan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun dan anak syarikat negeri tertakluk pada kewangan masing-masing.

SENARAI PENERIMA BANTUAN RAYA AIDILFITRI

Program pemberian insentif raya BKKA ini adalah khas untuk para penjawat awam sebagai tanda penghargaan pihak kerjaan negeri. Pengagihan bayaran disalurkan bermula hari ini secara berperingkat kepada anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

Kerajaan negeri juga telah memaklumkan bantuan khas kewangan aidilfitri (BKKA) bernilai RM300 akan diberikan kepada penyelia dan guru kelas (KAFA). Bagi guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR) dan guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR) juga terlibat menerima.

TARIKH BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI (BKKA)

Bagi makluman umum, pembayaran bantuan tunai khas untuk raya aidilfitri ini akan disalurkan pada 15 MAC 2024 secara sekaligus (one-off). Kaedah pemberian bantuan dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima.

Perlaksanaan program sumbangan bantuan raya ini dimaklumkan tiada sebarang permohonan perlu dilakukan. Ianya diberikan secara automatik kepada mereka yang terlibat, untuk semakan butiran lengkap berkenaan insentif khas ini sila ke laman rasmi – BKKA 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan pusat dan negeri bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada bulan ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button