BANTUANSTR 2025

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 : Kadar Bayaran Bantuan

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 atau lebih dikenali sebagai bantuan STR, telah diumumkan pada sidang Bajet Belanjawan. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti belia, isi rumah, dan warga emas.

PEMBERIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Kementerian kewangan telah memaklumkan perlaksanaan inisiatif bantuan kewangan ini akan terus dilaksanakan pada tahun hadapan. Lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia akan menerima manfaat daripada program khas ini.

Bantuan ini akan diteruskan secara automatik kepada penerima sedia ada yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Kepada mereka yang merupakan penerima sedia ada bantuan STR, anda secara automatik layak untuk menerima bantuan ini pada tahun hadapan.

Namun, adalah penting bagi individu untuk mengemaskini maklumat terkini bagi memastikan semakan yang tepat. Proses pengemaskinian ini sangat membantu dalam mendapatkan jumlah pembayaran yang bersesuaian dengan keperluan pemohon.

KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Kadar keseluruhan pembayaran bantuan STR untuk tahun 2025 dijadualkan sehingga RM4,600, yang termasuk bayaran SARA. Jumlah ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan, terutamanya dalam menghadapi cabaran kewangan.

Untuk memastikan penerima mendapat bayaran yang tepat, pengemaskinian maklumat peribadi adalah langkah penting yang tidak boleh diabaikan. Berikut adalah jumlah keseluruhan STR 2025 mengikut kategori :

KATEGORI ISI RUMAH B40

  • Pendapatan bulanan RM2,500
  • Mempunyai bilangan anak dari 0 – lebih 5 orang
  • Bantuan dari RM1000 sehingga RM2500

ISI RUMAH M40

  • Pendapatan bulanan RM5,000
  • Mempunyai bilangan anak dari 0 – lebih 5 orang
  • Bantuan dari RM500 sehingga RM1250

KATEGORI BUJANG

  • Pendapatan bulanan RM2,500
  • Berstatus bujang dan berumur 21 tahun keatas
  • Bantuan berjumlah RM600

WARGA EMAS

  • Pendapatan bulanan RM2,500
  • Berstatus duda / bujang dan berumur 60 tahun keatas
  • Bantuan berjumlah RM900

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & PENERIMA STR 2025

Kepada penduduk Malaysia yang berkelayakan, semakan status pengemaskini dan kelayakan penerima boleh dibuat secara dalam talian. Untuk rujukan penuh sila layari laman pautan rasmi – MySTR 2025 untuk butiran selengkapnya.

Pembayaran STR fasa pertama dijangka akan disalurkan pada suku pertama tahun 2025. Segala maklumat terkini berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button