BANTUANFASA 3STR

STR : Pembayaran Fasa 3 Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi

STR : Pembayaran Fasa 3 akan dikreditkan tidak lama lagi selewat-lewatnya pada pertengahan atau penghujung bulan Ogos ini. Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah merupakan salah satu bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

PEMBAYARAN STR FASA 3 BULAN OGOS INI

Kerajaan perpaduan telah memaklumkan pengagihan pemberian bantuan tunai STR tahun ini akan dikreditkan secara berperingkat. Buat masa ini bayaran bagi fasa 1 dan fasa 2 STR telahpun selesai disalurkan pada bulan Januari dan April lalu.

Fasa berikutnya akan mula diberikan pada bulan Ogos ini secara kredit ke dalam akaun dan tebus tunai di kaunter BSN bagi penerima tiada kad bank. Seperti yang telah diumumkan, kategori penerima bantuan STR adalah bujang, warga emas dan isi rumah.

Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran bantuan yang berbeza mengikut kelayakan setiap fasa. Perlaksanaan program istimewa STR ini adalah bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang melibatkan lebih 9 juta penduduk Malaysia yang layak.

KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3

Berikut akan kriteria kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3 :

  • Warganegara Malaysia
  • Berstatus lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024
  • Kategori isi rumah, warga emas dan bujang

JUMLAH PEMBAYARAN STR MENGIKUT KATEGORI

Setiap kategori telah ditentukan jumlah bayaran STR pada tahun ini, berikut adalah kadar yang telah ditetapkan :

KATEGORI KELUARGA / ISI RUMAH B40

  • RM1,000 : Tidak mempunyai anak (0)
  • RM1,500 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM2,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM2,500 : Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih)

KELUARGA / ISI RUMAH M40

  • RM500 : Tidak mempunyai anak (0)
  • RM750 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM1,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM1,250 : Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih)

KATEGORI BELIA BUJANG

  • RM350 Seorang

WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • RM600 seorang

Nota : Jumlah bayaran diatas akan dikreditkan kepada penerima mengikut pecahan dalam 4 fasa pembayaran sepanjang tahun 2024.

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR TAHUN 2024

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024, kalian boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara dalam talian. Untuk semakan dan rujukan penuh maklumat, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, kerajaan perpaduan juga menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu golongan yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button