Baru-baru ini, pihak Kerajaan telah mengumumkan berita baik kepada masyarat Malaysia. Berita baik tersebut ialah Pihak kerajaan akan menyediakan program bantuan subsidi untuk membina rumah sendiri melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kepada mereka yang layak menerima bantuan ini akan mendapat subsidri sebanyak RM 20,000 bagi tujuan membina rumah di atas tanah sendiri.
Apa itu SPNB ?
Syarikat Perumahan Negara Berhad atau di kenali sebagai SPNB ialah merupakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan tujuan untuk bina sebanyak rumah yang berkualiti dan selasa serta dengan harga mampu milikbagi masyarat yang berpendapatan sederhana dan rendah.
SPNB juga merupakan adalah salah satu Syarikat Perumahan Pembangunanyang telah lama diperkenalkan semenjak tahun 1997. Syarikat Pembangunan Perumahan ini 100% dimiliki oleh Menteri Kewangan Malaysia.
Syarat Kelayakan Bantuan Subsidi
Di bawah adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda tahu sebelum membuat sebarang prmohonan subsidi sebanyak RM 20,000 :
- Wajib Warganegara Malaysia
- Pendapatan semasa sebulan di bawah RM 3000
- Had umur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai tapak tanah yang bebas dari gadaian dan bersesuaian untuk dirikan rumah
- Pemohon tidak mempunyai rumah sendiriatsu tinggal di rumah yang usang
- Keluasan tanah yang ingin didirikan rumah adalah mesti tidak melebihi 3600 kps
- Pemohon yang bukan pemilik tahah perlu meminta surat kebenaran dari pemilik tanah
Info tentang Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Rumah Mesra Rakyat diwujudkan bagi tujuan pihak kerajaan dapat membantu masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah sendiri dengan keadaan yang selesa untuk didiami.
Info Harga Rumah Mesra Rakyat
Kami telah sediakan senarai harga rumah RMR dan anda Boleh membuat rujukan harga Rumah Mesra Rakyat di bawah :
1. Keluasan rumah 750 kps (Labuan, Sabah dan Sarawak)
- Jumlah pinjaman – RM 55,000 – RM 85,000
- Subsidi Pinjaman berjumlah RM 20,000
- Harga rumah – RM 75,000 sehingga RM 105,000
- Anggaran bayaran semasa bulanan dalam tempoh 16 tahun yang telah di tetapkan sebanyak RM 300 hingga RM 450 sebulan
2. Keluasan Rumah 850 kps (Pulau yang berada di Semenanjung)
- Jumlah pinjaman – RM 65,000
- Subsidi pinjaman berjumlah RM 20,000
- Harga rumah – RM 85,000
- Anggaran bayaran bulanan semasa dalam tempoh 16 tahun sebanyak RM 350 Sebulan
3. Keluasan rumah 1,000 kps (Semua tempat dalam semenanjung)
- Jumlah Pinjaman – RM 55,000
- Subsidi pinjaman – RM 20,000
- Harga rumah – RM 75,000
- Anggaran bayaran bulanan semasa dalam tempoh 16 tahun sebanyak RM 300 Sebulan
Cara Mohon Subsidi
Di bawah kami telah menyediakan langkah-langkah cara mudah untuk mohon bantuan subsidi ini secara online.
- Pemohon perlu layari Portal Rasmi Rumah Mesra Rakyat (RMR) di SINI
- Kemudian klik di bahagian pendaftaran baru
- Pemohon perlu mengisi dengan lengkap pada ruangan borang yang telah disediakan
- Kata Laluan dan ID akan di hantar melalui E-mel
- Seterusnya anda perlu log masuk dengan cara masukan ID dan kata laluan yang anda terima melaui E-mel
- Pemohon wajib lengkapkan borang yang telah diberikan
- Tekan selesai pendaftaran
- Jangan lupa untuk cetak borang tersebut
- Hantar borang tersebut ke Pejabat SPNB yang berhampiran tempat tinggal anda
Sebarang maklum balas dari pihak SPNB akan dibuat dalam masa tempoh 90 hari / 3 bulan dari pada tarikh anda membuat permohonan. Kelulusan kelayakan akan dibuat berdasarkan mengikut peruntukan kewangan tahunan saja.
Maklumat Lanjut Dan Sebarang Pertanyaan
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemuskilan anda boleh terus hubungi pihak SPNB di talian Hotline 03 2618 5555