Skim MySalam 2022 : Cara Tuntut Dan Semakan Mudah
Pada tahun-tahun sebelum Pihak Kerajaan sudah perkenalakn Skim Perlindungan untuk Kesihatan kepada Masyarakat (MySalam) Skim perlindungan ini diberiakn keutamaan kepada golongan B40 apabila ditimpa musibah. Skim MySalam ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak Great Eastern Takaful Berhad atau dikenali sebagai (GETB)
Tahun 2022, Skim Perlindungan Kesihatan Masyarat (MySalam) ditambah baik dan diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) manakala manfaat tuntutan kos peranti perubatan pun akan dipanjangkan untuk tanggungan anak penerima Bantuan MySalam yang layak.
Skim MySalam ini adslah percuma bagi mereka yang layak mendapatkan bantuan ini. Di bawah adalah senarai 45 penyakit Kritakan yang boleh dituntut melalui Skim MySalam:
- Buta – Buta kekal atau buta tidak boleh pulih
- Demensia teruk / Alzheimer
- Tumor Otak – tahap tertentu
- Bakteria Meningitis – akibat ketidakupayaan kekal untuk melakukan semua aktiviti harian
- Rawatan Invasif lain kepada penyakit arteri koronari
- Kanser – Tahap tertentu atau tidak dapat melindungi tahap awal
- Semua Pembedahan Otak
- Anemia Aplastik Kronik – Akibat kegagalan kekal fungsi tulang sum-sum
- Kardiomiopati – Tahap tertentu
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Koma -Akibat defisit Neurologi secara kekal dan simtom klinikal berterusan
- Pekak – Pekak kekal atau Pekak yang tidak boleh pulih
- Ensefalitis – Akibat tiada keupayaan kekal untuk lalukan aktiviti harian
- Penyakit Paru-paru (Final Stage)
- Kegagalan hati (Final Stage)
- Serangan Jantung – Tahap tertentu
- Viral Hepatitis Fulminan
- AIDS – Gejala Penuh
- Pembedahan Injap Jantung
- Penyakit Lembu Gila (Creutzfeldt-Jacob)
- Penyakit Untut (Elefantiasis)
- Penyakit Pankreas Kronik atau Berulang
- Skleroderma Progresif
- Poliomielitis
- Sindrom Apallic
- Penyakit Medular Sistik
- Penyakit yang Membawa Maut (Terminal)
- Penyakit berjangkit (HIV)
- Kelecuran tahap tertentu
- Komplikasi buah pinggang tahap teruk
- Pembedahan Aorta
- Penyakit Koronari Arteri Serius
- Angin Ahmar/Strok – Akibat simtom-simtom klinikal yang berterusan
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer ( Tahap Tertentu)
- Parkinson – Akibat tiada keupayaan kekal untuk lakukan aktiviti harian
- Kelumpuhan kekal anggota badan
- Distrofi Otot
- Penyakit Motor Neuron
- Multiple Sklerosis
- Sum-sum tulang/Transpan Organ Utama
- Trauma Kepala (Tahap Teruk)
- Hilang Keupayaan Bercakap (bertutur)
- Hilang Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Jangkitan HIV melalui darah
Jika Anda pesakit COVID-19 Boleh Mebuat Tuntutan Bantuan MySalam
Kepada yang dimasukan ke dalam wad sakit kerana covid-19 boleh tuntut elaun sebanyak RM 50 sehingga 14 hari, Setahun (RM 700 maksimum tuntutan)
Manakala jika ada komplikasi berpunca daripada virus covid-19 dan mengakibatkan penyakit yang tersenarai dari 45 jenis penyakit kritikal boleh membuat tuntutan dibawah manfaat penyakit kritikal.
Cara Buat Tuntutan MySalam 2022
Jika anda ingin membuat tuntutan Skim MySalam anda boleh terus melayari laman portal rasmi MySalam DI SINI
selepas masuk anda perlu log in melalui no kad pengenalan (IC) dan kata laluan akan dihantar kepada anda melalui SMS dan seterusnya anda pelu isi maklumat yang di minta.
Maklumat Lanjut MySalam 2022
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau inginkan info terperinci boleh hubungi terus pihak MySalam seperti dibawah:
Email : info@mysalam.com.my
Telefon : 1 300 88 8938
Sebarang merubahan atau maklumat lanjut tentang MySalam pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
Sekian.