Skim Bantuan Lesen Keluarga Malaysia RM 250 ~ Semak Disini
Tahukah anda, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis program dan inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutama kepada golongan B40 dan miskin.
Salah satu program skim bantuan telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini iaitu Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BLKM 2022. Di halaman bawah telah disediakan maklumat lengkap berkenaan BLKM.
Bantuan Lesen Keluarga Malaysia 2022
Menerusi pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) dengan hasil kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) telah perkenal dan laksanakan satu program bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) . Program bantuan lesen ini untuk rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan lebih mensasarkan golongan keluarga B40 serta individu yang berpendapatan rendah bagi membantu memiliki dan mendapatkan lesen memandu kelas B2 pada tahun ini.
Untuk makluman, Program ini adalah merupakan 1 skim program tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui pihak JPJ yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tahun 2022.
Kadar Bantuan
Bayaran yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding kos bayaran sebenar yang perlu dibayar oleh individu biasa yang ingin memiliki lesen memandu kelas B2 iaitu dengan jumlah biasa sebanyak RM 750 untuk setiap orang.
Melalui Program bantuan BLKM ini, untuk penerima yang layak hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 250 sahaja untuk setiap orang dan menghadiri kursus latihan yang sangat singkat.
Permohonan BLKM
Bagi sedia maklum sehingga hari ini masih belum lagi ada kenyataan rasmi berkenaan cara permohonan skim bantuan BLKM ini. Anda tidak perlu khuatir, sebarang maklumat terkini berkenaan bantuan ini pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa. Setakat masa ini pemilihan calon yang layak menerima bantuan ini terdiri daripada senarai penerima eKasih.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program bantuan BLKM ini, anda boleh membuat rujukan pada talian seperti berikut :
- Portal Rasmi : Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)
- Nombor Telefon : 03 8000 8000
- eMel : aduantrafik@jpj.gov.my
- Media sosial : Jabatan Pengangkutan Jalanraya (Facebook).
Informasi Tambahan
Sementara menunggu kenyataan rasmi berkenaan cara permohonan BLKM ini, anda boleh semak senarai bantuan lain yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI