Akaun 3KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP Akaun 3 : Kemudahan Yang Lebih Fleksibel

Pengeluaran KWSP akaun 3 adalah merupakan kemudahan simpanan dan pengeluaran yang lebih fleksibel kepada ahli. Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sedang meneliti dan bercadang untuk memperkenalkan akaun 3.

PENGELUARAN KWSP AKAUN 3

Baru-baru ini pihak KWSP telah memaklumkan bercadang untuk memperkenalkan akaun 3 yang membolehkan ahli membuat pengeluaran pada bila-bila masa.

Nurhisham Hussien selaku Ketua Pegawai Strategi KWSP berkata bahawa akaun 3 yang dalam cadangan ini akan berfungsi sebagai akaun simpanan. Sama seperti akaun lain, pencarum boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan dimana jua.

Tujuan utama cadangan memperkenalkan akaun 3 ini adalah bagi memenuhi potensi keperluan kepada ahli. Akaun 3 ini juga boleh dijadikan sebagai keperluan tunai kecemasan setiap ahli KWSP.

AKAUN 3 LEBIH FLEKSIBEL

Untuk sedia maklum dalam cadangan, akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan dan keperluan tunai kecemasan. Mengenai kadar simpanan pula, Nurhisham memaklumkan berkemungkinan akan membabitkan antara 5 hingga 10 peratus.

Dengan bakal adanya akaun 3 KWSP yang lebih fleksibel, peratusan caruman ke dalam akaun 1 turut akan dinaikkan. Pencarum juga mempunyai pilihan untuk memindahkan dana simpanan sama ada akaun 1, 2 atau akaun 3.

Struktur wang simpanan KWSP waktu ini bagi ahli berumur 55 tahun dan ke bawah yang terdiri dari akaun 1 dan 2 adalah dengan kadar peratusan 70 dan 30 peratus. Dividen akaun 3 dijangkakan lebih rendah memandangkan akaun tersebut berfungsi seperti akaun simpanan.

Untuk informasi pengeluaran KWSP akaun 3 ini masih dalam cadangan dan sedang diteliti. Untuk maklumat terbaru berkenaan akaun ketiga (3) ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

E-PENGELUARAN KWSP

Sementara menunggu maklumat terkini akaun 3, tahukah anda bahawa KWSP telah menyediakan kemudahan melalui e-pengeluaran. Ahli boleh membuat pengeluaran sebahagian simpanan atau sepenuhnya jika menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan.

E-pengeluaran KWSP boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua pada tahun ini. Untuk semak jenis pengeluaran dan syarat kelayakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

INFO LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan pada tahun ini telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada kategori B40 dan miskin. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button