BANTUANeTunaiOgosPenghargaanSARASTR Tambahan

Senarai Bantuan Untuk Rakyat Yang Dibayar Pada Bulan Ogos

Terdapat beberapa senarai bantuan untuk rakyat yang dibayar pada bulan Ogos 2023 kepada mereka yang berkelayakan. Inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka yang terjejas.

SENARAI BANTUAN UNTUK RAKYAT

Untuk makluman, pada bulan ini pihak kerajaan telah mula mengagihkan beberapa jenis senarai bantuan untuk rakyat yang layak. Kebanyakan inisiatif yang diberikan adalah untuk golongan sasar iaitu B40 dan miskin tegar.

Tidak terkecuali golongan penjawat awam, pesara, belia dan mahasiswa juga turut dapat menerima manfaat daripada pemberian bantuan kerajaan pada bulan ini. Antara beberapa bantuan yang diberikan pada bulan ini adalah seperti di bawah.

KREDIT E-TUNAI UNTUK BELIA

Seperti sedia maklum, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa bantuan eBelia Rahmah yang diberikan kepada golongan belia dan mahasiswa berjumlah RM200. Kredit percuma ini boleh dituntut oleh mereka yang berkelayakan bermula 26 Jun sehingga 22 Ogos 2023.

Tuntutan kredit e-tunai ini boleh dilakukan secara online melalui aplikasi tersedia iaitu Touch N Go ewallet, Setel dan Boost. Kepada pemohon yang layak tebus, amaun yang diterima RM200 itu perlu dibelanjakan sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.

BANTUAN KHAS PENGHARGAAN

Berita gembira untuk para penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta pesara kerajaan. Pihak kerajaan bersetuju untuk membayaran bantuan khas penghargaan kepada mereka pada kadar RM200 dan RM300.

Pada 10 Ogos 2023, pengkreditan akan diberikan kepada penjawat awam sebanyak RM300 manakala pesara kerajaan menerima RM200.

MYKASIH BANTUAN SARA UNTUK RAKYAT

Satu lagi bantuan yang diberikan pada bulan ini iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARa) berjumlah RM600 kepada penerima STR yang berstatus miskin tegar. Kepada penerima berada di negeri semenanjung pemberian bermula Julai sehingga Disember 2023 sebanyak RM100 setiap bulan.

Bagi penerima berada di kawasan negeri Sabah, Sarawan dan Labuan akan menerima bayaran sekali gus berjumlah RM600 pada bulan Ogos 2023. Jika anda penerima bantuan tunai STR, semakan sama ada layak menerima STR tambahan SARa boleh dilakukan secara online.

Untuk semakan sila ke laman rasmi MyKasih SARa – KLIK DISINI

Jika layak maklumat peribadi anda akan dipaparkan pada skrin semasa semakan dilakukan.

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button