Senarai Bantuan Sempena Raya Dibayar Bulan Ini
Senarai bantuan sempena raya yang dibayar pada bulan ini kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan bagi persediaan menyambut bulan syawal. Untuk makluman, terdapat beberapa inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang akan disalurkan pada bulan April 2023.
SENARAI BANTUAN SEMPENA RAYA
Di halaman kali ini, dikongsikan berkenaan maklumat bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan yang perlu anda tahu. Inisiatif yang diberikan lebih memfokuskan golongan b40 dan memerlukan bagi meringankan beban mereka bagi menyambut musim perayaan tidak lama lagi.
BANTUAN BKKA
Pihak kerajaan telah mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan aidilfitri (BKKA) akan mula diberikan pada tarikh 17 April secara berperingkat. Bayaran akan diagihkan melalui kredit terus ke akaun bank penerima.
BKKA ini akan diberikan kepada golongan pejawat awam gred 56 dan ke bawah berjumlah RM700 dan kepada pesara kerajaan pula akan menerima bayaran sebanyak RM350.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
Untuk sedia maklum perlaksanaan bantuan baru diperkenalkan tahun ini iaitu Sumbangan tunai rahmah (STR) akan diberikan secara berfasa. Fasa 1 telah selesai diberikan pada bulan Januari lalu, kini ramai yang sedang menantikan pembayaran fasa berikutnya.
Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa bayaran STR fasa kedua akan mula dibayar pada tarikh 5 April 2023 (rabu) secara berperingkat. Pemberian bantuan ini akan diberikan secara kredit terus ke dalam bank dan tebus tunai bagi penerima tidak mempunyai kad bank. Untuk semakan status STR anda boleh layari portal rasmi MySTR.
BANTUAN BULANAN JKM
Ramai yang masih tidak tahu berkenaan bantuan yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Terdapat 11 insentif yang disediakan dalam skim bantuan kebajikan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dan memerlukan.
Bantuan JKM ini dibayar secara bulanan kepada pemohon yang layak dan kadar bantuan yang diberikan sehingga RM1,000 bergantung kategori kelayakan. Untuk semakan senarai bantuan JKM yang boleh anda mohon jika berkelayakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM –DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini, pelbagai kemudahan inisiatif dan bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk meringankan beban rakyat khususnya golongan sasar. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan sempena raya yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.