BANTUANMAIDAMPendidikan

Semakan Bantuan Persekolahan MAIDAM : Panduan Lengkap

Semakan Bantuan Persekolahan MAIDAM – Program ini adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu. Pelbagai insentif disediakan untuk membantu pelajar yang memerlukan sokongan kewangan dalam pendidikan mereka.

Skim ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga serta memastikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua. Dengan adanya bantuan pembiayaan persekolahan ini, keluarga tidak perlu risau berkenaan kos yuran dan kelengkapan sekolah.

SEMAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIDAM

Adakah anda tergolong daalam golongan memerlukan bantuan pembiayaan pendidikan dan persekolahan untuk anak-anak? Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengalu-alukan permohonan dari pihak keluarga.

Program bantuan persekolahan ini dibiayai sepenuhnya menggunakan peruntukan dari Zakat khusus kepada kelompok yang memerlukan. Perlaksanaan program bantuan ini adalah bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan dan lengkap dan sewajarnya.

PROSES SEMAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

BANTUAN MAIDAM

Bagi pengetahuan umum, bantuan MAIDAM ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang merupakan anak kelahiran atau penduduk negeri Terengganu. Mereka yang memerlukan terutama golongan asnaf, fakir dan miskin boleh kemukakan pendaftaran permohonan.

Untuk membuat semakan bantuan persekolahan MAIDAM, pemohon perlu mengunjungi laman web rasmi MAIDAM di https://www.maidam.gov.my. Di laman tersebut, pemohon boleh mengisi borang semakan untuk mengetahui status permohonan.

Proses ini mudah dan mesra pengguna, membolehkan ibu bapa serta penjaga untuk mendapat maklumat terkini mengenai bantuan yang dipohon. Selain itu, MAIDAM juga menyediakan pelbagai maklumat mengenai syarat kelayakan, jumlah bantuan, dan tarikh tutup permohonan.

Para pemohon dinasihatkan untuk menyemak syarat-syarat yang ditetapkan agar dapat memastikan kelayakan mereka untuk menerima bantuan. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan dapat memberikan rangsangan kepada pelajar untuk terus menuntut ilmu tanpa dibebani oleh masalah kewangan.

Kepada mereka yang berada dalam golongan memerlukan jangan lepaskan peluang untuk mohon bantuan yang disediakan oleh pihak MAIDAM pada tahun ini.

LEBIH INFO BANTUAN

Selain MAIDAM terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan negeri dan persekutuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button