Semak senarai bantuan kewangan yang dilaksanakan pada bulan ini untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan. Perkara ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan menerusi sidang pembentangan bajet 2023.
Insiatif berbentuk bantuan tunai amat diperlukan bagi mereka yang memerlukan terutama kepada kumpulan b40 dan miskin tegar. Di halaman ini telah dikongsikan maklumat penting berkenaan bantuan kewangan dari pihak kerajaan yang dibayar pada bulan Januari 2023.
BANTUAN TUNAI (BTR) FASA 1
Untuk sedia maklum, bantuan khas ini telah diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Insentif ini telah menggantikan bantuan tunai terdahulu seperti bantuan BSH, BR1M, BPR dan BKM.
Program bantuan BTR ini akan melibatkan kategori kelayakan seperti bujang, isi rumah, ibu bapa tunggal dan warga emas. Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran bantuan tunai Fasa 1 akan mula diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia pada bulan Januari 2023.
Dijangkakan bayaran akan diberikan selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini. Kadar bayaran fasa 1 akan diberikan sebanyak RM300 kepada kategori keluarga dan RM100 kepada kategori bujang.
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Tidak terkecuali, golongan kanak-kanak juga dapat menerima manfaat bantuan kewangan bagi membantu para keluarga meringankan beban pembelanjaan bagi persediaan awal persekolahan.
Pihak kerajaan telah umum bahawa pada tahun ini kadar bayaran telah dinaikkan sebanyak RM150 berbanding tahun lalu RM100. Tambahan, bayaran bantuan ini akan diberikan tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. Hal ini dapat memberikan lebih banyak keluarga yang akan menerima bantuan ini.
Pembayaran bantuan BAP ini secara rasmi telah diumumkan bermula 12 Januari 2023 mengikut sekolah anak masing-masing.
BANTUAN ZAKAT
Untuk makluman, pihak Lembaga zakat Selangor (LZS) baru-baru ini telah menyediakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan. Ia dikenali sebagai pemberiaan LZS Peduli sebanyak RM600 dan diberikan secara sekali bayar pada bulan ini.
Bagi yang telepas pandang, permohonan bantuan ini masih dibuka sehingga 31 Januari 2023. Pembayaran kepada penerima yang layak akan dibuat dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan. Jika anda berminat dan memerlukan, sila rujuk panduan permohonan di portal rasmi LZS Peduli – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada senarai bantuan kewangan yang ada diatas, terdapat lebih lagi bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan. Perkara ini bagi membantu rakyat yang kekurangan dari segi kewangan pada tahun ini.
Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama – KLIK DISINI untuk rujukan umum.