AidiladhaBANTUANBantuan KewanganSARA

SARA : Bantuan RM100 Untuk B40 Dikreditkan Sebelum Aidiladha

SARA : Bantuan RM100 adalah sebahagian daripada inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih) yang dirancang khusus untuk meringankan beban isi rumah golongan B40. Kredit ini akan mula dikreditkan ke dalam MyKad (IC) para penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha, memberikan sokongan kewangan yang diperlukan pada waktu yang penting ini.

SARA : BANTUAN RM100 SETIAP BULAN

Kepada yang terlepas pandang, kerajaan telah melancarkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah. Program SARA ini adalah merupakan bantuan tambahan STR yang memberi manfaat kepada 5.4 juta penduduk.

Kepada penerima berstatus B40, mereka akan menerima bayaran bantuan ini pada kadar RM100 setiap bulan sehingga Disember 2025. Pemberian bantuan ini akan diteruskan dalam bulan Jun, menjadikan ia salah satu sumber bantuan berterusan bagi mereka yang layak.

Amaun bantuan SARA disalurkan dalam bentuk ewallet secara terus ke dalam mykad dan boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas. Nilai bantuan yang diberikan tidak boleh ditukarkan kepada tunai dan hanya boleh digunakan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN SARA?

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini, mereka boleh melakukan semakan status bayaran secara dalam talian. Proses ini mudah dan membolehkan penerima untuk mengetahui maklumat terkini mengenai kelulusan dan jumlah yang akan dikreditkan ke dalam MyKad mereka.

Pastikan anda mengunjungi laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan memastikan anda tidak terlepas peluang ini. Berikut adalah panduan asas semakan status MySARA 2025 ;

  1. Layari laman web rasmi MySARA – https://www.mykasih.com.my/
  2. Klik ‘Semakan kelayakan’ pada bahagian diatas
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pengguna
  4. Maklumat bayaran anda akan dipaparkan pada skrin jika anda layak menerima
  5. Tempoh bantuan ini boleh digunakan adalah setahun dan jika tidak digunakan ianya akan luput.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan MADANI. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Back to top button