SARA 2025 Fasa 1 : Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa pemberian sumbangan asas rahmah mula dikreditkan secara menyeluruh pada 15 Januari ini. Inisiatif khas bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya mereka yang layak menerima bantuan Sara.
Sumbangan bantuan SARA bagi kategori ini akan disalurkan terus ke dalam MyKad penerima yang telah disahkan.
INISIATIF SARA 2025 FASA 1
Bagi mereka yang mungkin tidak tahu, bantuan SARA ini diberikan secara bulanan dari Januari hingga Disember 2025. Kadar bayaran bantuan ini adalah sebanyak RM50 untuk individu bujang dan RM100 untuk isi rumah serta warga emas.
Kehadiran bantuan ini diharap dapat membantu mereka yang memerlukan dari kategori miskin dan miskin tegar secara berterusan. Manakala bagi kategori B40, pembayaran secara one-off akan dilaksanakan pada tarikh yang akan diumumkan.
Jadual pembayaran bagi sumbangan tunai rahmah (STR) fasa 1 dijadualkan untuk disalurkan selewat-lewatnya sebelum April 2025. Para penerima diharapkan dapat memanfaatkan bantuan ini untuk keperluan harian mereka.
Kerajaan komited untuk memastikan setiap rakyat merasai manfaat daripada dasar dan inisiatif ini, yang mampu memberikan kehidupan yang lebih baik. Dengan nilai bantuan yang disalurkan, penerima boleh menggunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar seluruh Malaysia.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKAD SARA FASA 1
Berikut adalah kriteria syarat kelayakan penerima bantuan khas ini bagi fasa 1 Januari ini :
- Warganegara Malaysia
- Penerima STR 2025
- Kategori bujang, isi rumah dan warga emas
- Berstatus miskin dan miskin tegar.
Jumlah bayaran bantuan SARA bagi kategori ini adalah RM600 setahun (bujang), RM2,100 setahun bagi kategori (isi rumah) dan RM1,650 bagi kategori (warga emas).
SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA 2025
Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, semakan status SARA boleh dibuat secara dalam talian. Untuk rujukan lebih butiran dan semakan status, sila layari laman web rasmi – SARA 2025
Segala maklumat terkini berkenaan Sumbangan Asas Rahmah akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.