BANTUANeTunai

Rasmi : Kredit E-Tunai RM100 Istimewa Untuk Golongan Dewasa

Rasmi : Kredit E-tunai RM100 istimewa untuk golongan dewasa berumur 21 tahun ke atas bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Seperti sedia maklum, pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat.

RASMI : KREDIT E-TUNAI RM100

Baru-baru ini Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan sebuah lagi program bantuan pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani, memperkasa rakyat.

Menerusi kenyataan beliau, program khas ini akan diberikan kepada kategori dewasa yang berumur 21 tahun dan keatas. Kadar bantuan yang bakal diagihkan ini adalah berjumlah RM100 dalam bentuk e-tunai secara one-off.

Terdahulu pada bulan Jun hingga Ogos telah dilaksanakan bantuan seperti ini yang dikenali sebagai EBELIA RAHMAH berjumlah RM200. Inisiatif khas ini diberikan kepada golongan mahasiswa dan belia berumur 18 – 20 tahun.

Apa yang menarik adalah bantuan e-tunai ini juga akan diberikan kepada invidivu berumur 21 tahun keatas. Tujuan perlaksanaan program ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat dan secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

KELAYAKAN KREDIT E-TUNAI RM100

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menebus bantuan istimewa ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 21 tahun dan ke atas (Kategori Dewasa)
  • Pendapatan tahunan dibawah RM100,000 (B40 & M40)

Nota : Sama seperti ebelia rahmah, bantuan ini boleh ditebus secara online melalui pilihan aplikasi e-dompet yang terlibat seperti Touch N Go ewallet.

JADUAL RASMI PERLAKSANAAN

Untuk makluman, pihak kerajaan telah memaklumkan maklumat ringkas berkenaan tarikh perlaksanaan program khas ini. Pemberian inisiatif istimewa RM100 ini akan mula dilancarkan pada suku keempat tahun 2023.

Ini bermakna program kredit e-tunai untuk dewasa akan dilaksanakan seawal bulan Oktober, November atau Disember 2023. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu rakyat terutama yang memerlukan. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan boleh dimohon pada tahun ini – SEMAK DISINI untuk info maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button