Rasmi : Bantuan eWallet RM100 boleh ditebus secara percuma oleh rakyat Malaysia bermula Disember ini secara one-off. Inisiatif khas ini adalah merupakan salah satu bantuan yang diperkenalkan pada tahun ini.
RASMI : BANTUAN EWALLET RM100 (DEWASA)
Seperti sedia maklum, pada sidang majlis peluncuran madani memperkasa rakyat bulan lalu pihak kerajaan telah mengumumkan satu lagi insentif tambahan. Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa pemberian kredit etunai bernilai RM100 akan ditawarkan kepada golongan dewasa.
Pada tahun sebelum-sebelum ini, program inisiatif seperti ini hanya diberikan kepada gategori belia dan mahasiswa sahaja. Apa yang menarik adalah pada tahun ini atas dasar keprihatinan kerajaan perpaduan, bersetuju untuk memberi manfaat kepada kumpulan dewasa juga.
Program istimewa ini akan secara rasmi dilaksanakan pada bulan Disember 2023 seluruh negara. Kadar bantuan kredit etunai yang diberikan adalah sebanyak RM100 yang boleh ditebus setiap seorang.
Tujuan utama inisiatif seperti ini dilancarkan adalah bagi membantu meringankan beban rakyat serta dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Menerusi pemberian ewallet RM100 ini akan memberi manfaat kepada sekitar 10 juta individu yang berkelayakan.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET RM100
Antara kriteria syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia (Sahaja)
- Berusia 21 tahun dan ke atas
- Pedapatan tidak melebihi RM100,000 (Setahun)
- Berada dalam kumpulan B40 dan M40
CARA TEBUS KREDIT EWALLET RM100 (ONE-OFF)
Untuk makluman, program bantuan khas ini akan mula dilaksanakan pada bulan hadapan (Disember). Setiap individu yang menepati kelayakan boleh menebus bantuan ini secara percuma melalui aplikasi edompet yang terlibat.
Antara aplikasi yang ada seperti Touch N go ewallet, Grabpay, Boost, Setel, Shopeepay dan sebagainya yang akan dimaklumkan oleh kerajaan. Untuk pengetahuan umum, bantuan ini akan diagihkan sama seperti program EBELIA RAHMAH yang dilancarkan pada Jun lalu.
MAKLUMAT LANJUT
Sementara menunggu bantuan ewallet ini dilancarkan bulan depan, tahukah anda terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan telah disediakan kerajaan. Pelbagai bantuan diperkenalkan adalah bagi meringankan beban rakyat yang terjejas, sila lihat senarai bantuan yang berkelayakan untu dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.