BANTUANIPTMAIDAMPendidikan

Program Bantuan IPT MAIDAM Untuk Para Pelajar

Program bantuan IPT MAIDAM merupakan inisiatif yang diperkenalkan khas untuk menyokong pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam dan luar negara. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih baik kepada golongan pelajar yang memerlukan.

PERLAKSANAAN PROGRAM BANTUAN IPT MAIDAM

Pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM menawarkan pelbagai jenis bantuan kewangan yang boleh dimohon oleh pelajar IPT. Antara inisiatif bantuan yang disediakan termasuklah bantuan awal yuran, yang membantu pelajar membayar yuran pengajian pada permulaan semester.

Selain itu, bantuan tambang penerbangan juga disediakan untuk pelajar yang perlu merantau jauh demi menyambung pengajian. Sebagai tambahan, ada juga bantuan khas untuk pelajar yang bercadang melanjutkan pengajian di luar negara.

Dengan adanya bantuan ini, pelajar dapat meringankan beban kewangan yang sering menjadi halangan kepada mereka. Program ini berfungsi sebagai platform yang memperkasakan pelajar supaya dapat fokus kepada pembelajaran tanpa risiko tekanan kewangan yang tinggi.

SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN IPT MAIDAM

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar dari keluarga B40 atau kurang berkemampuan
  • Memiliki surat tawaran dari IPT dalam negara atau luar negara
  • Merupakan pelajar sepenuh masa.

CARA MOHON BANTUAN DIBAWAH MAIDAM

Kepada yang berminat, anda boleh semak senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon. Senarai bantuan dan panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman web rasmi YP MAIDAM – https://yp.maidam.gov.my/iptonline/ untuk rujukan lebih lanjut.

Related Articles

Back to top button