BANTUANBiasiswaKFC

Program Bantuan Biasiswa KFC : Tawaran Kepada Keluarga B40

Program Bantuan Biasiswa KFC ditawarkan kepada pelajar yang berada dalam kelompok keluarga B40 pada tahun 2024. Untuk makluman umum, peruntukan berjumlah RM2.1 juta disediakan dalam program biasiswa khas ini.

PROGRAM BANTUAN BIASISWA KFC 2024

Bagi memacu generasi pemimpin masa hadapan, pihak KFC telah memperkenalkan program biasiswa ditawarkan khas kepada para pelajar dari keluarga B40. Mereka yang telah menerima tawaran bagi melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda berkelayakan.

Dengan adanya insentif istimewa ini pihak KFC yakin dapat membantu para pelajar yang berada dalam keluarga B40 untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat Universiti. Perlaksanaan inisiatif ini adalah sebahagian komitmen KFC untuk membina negara kearah yang lebih baik.

Skim biasiswa ini dibuka dan ditawarkan kepada pelajar yang mencapai keputusan baik dan cemerlang tetapi memerlukan dana kewangan untuk melanjutkan pengajian. Program biasiswa ini direka sebagai sokongan kewangan untuk menampung kos perbelanjaan dalam tempoh pengajian.

Kepada mereka yang lulus permohonan akan mendapatkan inisiatif biasiswa dalam bentuk pembiayaan. Antara adalah bantuan elaun secara bulanan dan bayaran yuran pengajian sehingga maksimum empat (4) tahun.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BIASISWA KFC

Di bawah adalah beberapa syarat khusus kelayakan mohon bantuan biasiswa KFC yang telah ditetapkan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon merupakan pelajar dari keluarga B40
  3. Berumur 19 hingga 21 tahun
  4. Telah menerima surat tawaran dari Universiti awam Malaysia
  5. Mendapat keputusan SPM dengan gred sekurang-kurangnya 6A
  6. Mendapat keputusan STAM pada tahap Jayyid Jiddan dan PNGK minimum 3.0
  7. Mendapat keputusan STPM, Matrikulasi atau Asasi dengan PNGK minimum 3.0.

PANDUAN MOHON PROGRAM BANTUAN BIASISWA

Untuk sedia maklum, permohonan biasiswa ini telah dibuka bagi pengambilan tahun 2024/ 2025. Panduan cara mohon dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – Biasiswa KFC

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Kepada yang telepas pandang atau tidak tahun, sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan boleh dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button